Home / Artikel Menarik / Bawa Prestasi Larian Anda Ke Tahap Seterusnya Dengan Kasut Plat Karbon BMAI JING TAN FLY

Bawa Prestasi Larian Anda Ke Tahap Seterusnya Dengan Kasut Plat Karbon BMAI JING TAN FLY

Sejak pelancarannya pada 2014, BMAI, jenama kasut Cina yang ditransliterasi daripada “BE MYSELF” telah mendapat sambutan hangat dan pengiktirafan daripada para penggemar sukan larian. Namanya, bermaksud dalam bahasa Cina bermakna “GO AHEAD!” mempunyai daya tarikannya yang tersendiri dan mencerminkan etos ekspresi diri.

Terkenal dan digemari oleh para pelari marathon kerana dengan kualiti, reka bentuk dan inovasi pada harga yang menarik, BMAI kini membawakan satu lagi produk berinovasi dan prestasi tinggi, Kasut Lari BMAI Jing Tan Fly.

Bersedia untuk mendominasi larian anda dengan BMAI Jing Tan Fly yang direka untuk meningkatkan prestasi dan memenuhi keperluan pelari, daripada peringkat pertengahan hingga atlet berpengalaman untuk mengekalkan kelajuan (pace) antara 3 hingga 6 minit setiap kilometer.

Ciri-ciri Unik BMAI Jing Tan Fly

  • Bahagian upper telus udara: Diperbuat daripada fabrik ”mesh” JACQUARD yang lembut, BMAI Jing Tan Fly menawarkan empat zon pengudaraan yang diletakkan secara strategik untuk aliran udara yang optimum. Rekaan ini memastikan kaki anda kekal nyaman dan kering, walaupun semasa larian berat, mengekalkan keselesaan dan membolehkan anda menumpukan perhatian kepada larian anda sepenuhnya.
  • Pelapik dalaman (insole) yang bermutu tinggi: Menampilkan insole foam superkritikal TPEE, kasut ini memberikan perlindungan berkusyen dan sokongan yang tiada tandingan, meminimumkan impak kepada sendi dan keselesaan bagi setiap langkah, dari awal hingga akhir.
  • Plat gentian karbon: Plat gentian karbon penuh yang disepadukan ke bahagian tengah tapak kasut meningkatkan pulangan tenaga dan kecekapan larian, membolehkan anda mengekalkan rentak dan momentum dengan mudah dengan setiap langkah.
  • Tapak tengah (Midsole) yang responsif: Midsole yang diperbuat daripada BOOMFLY Aliphatic TPU memberikan daya kusyen yang responsif serta pulangan tenaga, mendorong anda ke hadapan ketika berlari.
  • Tapak luar (Outsole) yang luar biasa: Dengan teknologi DSP+ (Diamond Star Particle), PU polyurethane elastomer yang dibentuk menggunakan acuan bertekstur corak berbentuk berlian memastikan daya cengkaman di pelbagai permukaan, tapak yang tahan lebih lama dengan kestabilan dan keyakinan sepanjang larian anda.

Ketersediaan

Kasut BMAI Jing Tan Fly kini boleh didapati pada harga promosi RM439, (harga asal RM499) di platform berikut:

BMAI Official Shopee Store
BMAI Official Lazada Store
PANGU.MY TikTok Shop
PANGU.MY Official Web-Store

Selain BMAI Jing Tan Fly, anda juga boleh mendapatkan kasut keluaran BMAI mengikuti keperluan dan cara pemakaian anda.

  1. BMAI Purelight: Dicipta untuk pelari baharu yang berlari dengan pace 6 dan 9, sesuai dengan penggunaan harian. RM199
  2. BMAI Pace 5.0: Dicipta untuk latihan LSD, dengan pace ideal di antara 5 hingga to 7. RM399
  3. BMAI Relax slides: Untuk kegunaan pemulihan (recovery) dan kegunaan harian. RM119

Check Also

30 Atlet Paralimpik Tempatan Bakal Sertai Lazada Run

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 16 Jun 2023 – Dalam usaha untuk menggalakkan gaya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!