Home / Artikel Menarik / COROS Memperkenalkan Edisi Terhad – PACE 3 Red Silicone

COROS Memperkenalkan Edisi Terhad – PACE 3 Red Silicone

Semarakkan semangat anda dengan PACE 3 Red Silicone baharu! Jam tangan sukan GPS edisi terhad daripada Coros Malaysia ini menampilkan bezel hitam yang menawan dan dihiasi bintik-bintik putih di atas tali merah menyala. Sama ada untuk berlatih di trek, berlumba dalam acara larian atau untuk kegunaan harian, warna baharu PACE 3 Red Silicone pastinya akan menyerlahkan gaya anda!

COROS PACE 3 dilengkapi ciri-ciri Dwi Frekuensi, Hayat Bateri Lebih Lama, Muzik, Navigasi, Skrin Sentuh, Mod Aktiviti Baharu dan banyak lagi! Ia tampil sebagai pengganti PACE 2 dengan fungsi yang dipertingkatkan dan fokus yang lebih mendalam untuk prestasi.

Antara ciri-ciri COROS PACE 3 yang lebih hebat berbanding dengan COROS 2 adalah seperti berikut:

GPS Generasi Baharu – dilengkapi chipset satelit Semua Sistem yang telah direka semula dengan pilihan Dwi Frekuensi membolehkan anda memperoleh data GPS yang lebih tepat, walaupun digunakan di dalam situasi yang mencabar seperti bangunan pencakar langit atau di dalam hutan tebal..

Hayat Bateri Yang Panjang Untuk Larian Lebih Lama – Dengan hayat bateri yang bertahan dalam tempoh 38 jam dengan penggunaan pengesanan GPS yang berterusan atau 24 Hari dengan penggunaan harian berterusan, PACE 3 memaksimumkan tempoh penggunaan dan meminimumkan masa yang digunakan untuk mengecas.

Ikuti Laluan Anda Yang Tersendiri – Kembara ke luar Kawasan kejiranan anda dan berlari dengan yakin dengan fungsi arah yang berkuasa seperti Nagivasi Jejak Pulang (Breadcrumb Navigation) and Pemberitahuan Dari Simpang ke Simpang (Turn-By-Turn Alerts).

Ciri Transflective Yang Sentiasa Dipaparkan di atas Skrin Sentuh – Membolehkan anda melihat paparan jam anda di bawah sinar matahari yang terik dengan tetapan Always On (Sentiasa Dihidupkan) dan Night Mode (Mod Malam) untuk mudah dibaca dalam keadaan gelap..

Pemain Muzik – Muat turun dan main balik fail muzik MP3 secara langsung dari jam atau dengari lagu-lagu kegemaran anda melalui fon telingan atau pembesar suara Bluetooth.

Pengesan Kadar Degupan Jantung Optikal yang terkini – Data Kadar Degupan Jantung yang tepat, Pengesan Tidur, SpO2, dan Pengesan Pemakaian (Wear Detection).

Mod Aktiviti Baharu – Hiking, Trail Running (Larian Denai), Ski, XC Ski, dan Snowboard. COROS PACE 3 menambahkan jenis aktiviti sukan yang telah dioptimumkan untuk memberikan data yang tepat.

Keselesaan Berpanjangan – ringan dengan bantuk yang tipis dengan berat hanya 30g, COROS PACE 3 dicipta untuk dipakai di waktu siang dan malam dengan selesa.

BUKAN SEKADAR JAM TANGAN

Semua pengguna COROS PACE 3 juga boleh mendapat akses percuma tanpa had kepada pelbagai latihan di COROS Training Solutions:

COROS EvoLab: Platform sains sukan yang telah diperbaharui dengan ciri-ciri revolusioner yang membolehkan para atlet mendapatkan penilaian/ maklumat mengenai kecergasan peribadi, kelesuan, dan prestasi untuk membantu memaksimumkan usaha untuk mencapai sasaran kecergasan dengan efisien.

COROS Training Hub: Perisian analisis latihan lanjut yang dilengkapi dengan fungsi komunikasi secara langsung dengan jurulatih anda.

COROS Coaches: Jurulatih sebenar dengan bimbingan yang sebenar. Panduan yang disesuaikan kepada individu daripada Pasukan Pakar di COROS.

COROS Training Plans & Workouts: Dari 5k ke Ultra. Dicipta oleh anda, jurulatuh anda, atau Atlet Pro COROS seperti Emelie Forsberg, Kilian Jornet, and Molly Seidel.

Selain daripada edisi terhad Red Silicone, COROS PACE 3 boleh didapati dalam 4 varian: White Nylon, White Silicone, Black Nylon dan Black Silicone dengan harga runcit yang disyorkan RM999. Edisi Red Silicone akan berada di pasaran mulai Sabtu, 11 Mei 2024. Tempahan boleh dibuat di PANGU.MY, Pengedar dan Peruncit Sah COROS, dan Stor Shopee / Lazada Rasmi COROS.

Check Also

30 Atlet Paralimpik Tempatan Bakal Sertai Lazada Run

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 16 Jun 2023 – Dalam usaha untuk menggalakkan gaya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!