Suunto baru-baru ini telah melancarkan Race S, versi lebih kecil dan lebih ringan dari jam tangan GPS Race yang popular. Model baharu ini memuatkan ciri-ciri yang sama dengan Race dalam saiz yang lebih selesa, terutamanya kepada yang mempunyai pergelangan tangan yang lebih ‘comel’! 😊
Inilah 10 sebab mengapa Suunto Race S akan menjadi teman berlari anda yang hebat:
1. Prestasi Mantap, Rekaan Padat:
Suunto Race S dilengkapi paparan 1.32” AMOLED yang terang, memastikan anda dapat membacanya dalam apa jua tahap cahaya yang mencabar. Rekaan tombol yang intuitif yang sama seperti Race ori, membolehkan anda membuat navigasi dengan lancar. Walaupun rekaannya padat, Race S menampilkan fitur-fitur yang menyeluruh, merangkumi metrik latihan yang canggih dan sistem navigasi yang tepat.
2. Navigasi yang Lancar:
Jelajahi denai baharu atau ikuti laluan yang anda gemari dengan yakin dengan peta percuma yang di pra-muat. Sistem GNSS memastikan pengesanan lokasi yang tepat walaupun dalam keadaan yang mencabar seperti hutan tebal atau permukaan yang bergunung.
3. Berlatih dengan Pintar, Recover dengan Pantas:
Dapatkan data yang berguna dari sesi training anda seperi training load (beban), progress (kemajuan), and recovery (pemulihan). Panduan peribadi berdasarkan variabiliti kadar rentak jantung (heart rate variability / HRV) boleh digunakan untuk mengoptimumkan usaha Latihan anda. Atlet wanita pula boleh mengenal pasti kitaran haid mereka dan mengupas data latihan mereka mengikut perubahan hormon untuk memahami dengan lebih mendalam tentang prestasi mereka.
4. Jejak aktiviti Sepanjang Hari:
Dapatkan maklumat tentang kesejahteraan anda seperti kiraan langkah, kadar degupan jantung, fasa tidur, kalori terbakar, tahap tekanan (stress) dan banyak lagi. Dengan adanya data yang menyeluruh, anda dapat menyesuaikan aktiviti yang anda lakukan untuk meningkatkan lagi tahap Kesihatan dan gaya hidup anda.
5. Penambahbaikan yang Berterusan:
Suunto memberikan kemaskini perisian dan fitur baharu dengan berterusan. Alami prestasi yang dipertingkatan, fitur baharu dan pengalaman penggunaan yang diperbaharui dengan setiap kemaskini.
6. Bahan Buatan Premium, Rekaan Finland:
Race S diperbuat menggunakan bahan premium seperti gorilla glass and keluli tahan karat, memastikan ia bertahan lama dan tampak moden. Lengkapkan gaya anda dengan rekaan Finland yang elegan dan malar segar.
7. Lebih 95 Mod Sukan:
Walau apa jua sukan kegemaran anda, Race S pastinya mempunyai mod sukan yang sesuai untuk anda, merangkumi aktiviti berlari, berenang dan yoga. Anda juga boleh mencipta mod sukan yang bersesuaian mengikut keperluan latihan anda.
8. Kalis cuaca:
Dapatkan maklumat cuaca secara langsung dari Race S anda agar anda dapat bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan di hari perlumbaan.
9. Pilihan Lestari:
Berikan sumbangan kepada planet yang lebih hijau dengan memilih Race S, yang menyokong usaha penanaman semula hutan.
10. Sentiasa Saling Berhubung:
Hubungkan Race S ke aplikasi Suunto untuk mendapatkan data lanjut, integrasi peranti pihak ketiga, dan akses kepada fitur tambahan. Tingkatkan pengalaman anda dengan pelbagai aplikasi sukan dan panduan yang ditawarkan oleh stor SuuntoPlus™.
Suunto Race S tersedia dalam enam pilihan yang bergaya, semuanya boleh dipadankan dengan aneka tas yang boleh ditukar mengikut aktiviti anda, sama ada untuk aktiviti berlari atau kegunaan seharian. Harga runcit yang disyorkan: RM 1,799.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.suunto.com/en-my/