Home / Berita Terkini / Beto Kusyairy Bakal Berlari Demi Kempen Kesedaran Kanser Payudara

Beto Kusyairy Bakal Berlari Demi Kempen Kesedaran Kanser Payudara

Beto Khusyairy dan Tisha Shahar

Pelakon terkemuka Malaysia, Beto Kusyairy, akan menyertai larian Be My Reason Shower Run yang bakal diadakan pada 9 Oktober 2016 ini. Beliau dilaporkan akan berlari bersama isterinya, Tisha Shahar – sebagai tanda sokongannya kepada Tisha yang pernah menghadapi pengalaman menakutkan apabila ketulan dikesan di payudara beliau tidak lama dulu. Mereka akan bersama-sama membantu meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia tentang kanser payudara dan pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi.

Beto Kusyairy dan isterinya merupakan pasangan terbaik yang layak dijadikan contoh kepada rakyat Malaysia bagaimana wanita boleh diberi galakan oleh pasangan, keluarga dan rakan-rakan untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara.

Beto Khusyairy

Apabila Tisha mengesan ketulan pada payudaranya semasa melakukan pemeriksaan sendiri, dia telah bersiap sedia untuk mengalami peralihan hidup, termasuklah terapi dan mungkin juga pembedahan.

Menurut beliau, suaminya, Beto Kusyairy adalah sumber kekuatan yang sering memberi sokongan di saat dia menghadapi tempoh yang mencemaskan itu. Meskipun ketulan itu tidak berbahaya tetapi ia merupakan pengalaman yang mendorong mereka untuk meyakinkan orang ramai tentang kepentingan melakukan pemeriksaan sendiri payudara.

Dijadualkan berlangsung di bulan Oktober, bersempena bulan kesedaran kanser payudara, acara larian ini akan mempromosikan kesedaran dan menyebarkan mesej tentang sokongan dan kebersamaan untuk orang sekeliling.

Di acara ini, para peserta Be My Reason Shower Run digalakkan untuk berlari bersama pasangan masing-masing sebagai simbol mengapa mereka perlu melakukan pemeriksaan sendiri payudara.

picture

Butiran Be My Reason Shower Run:

Tarikh              : 9 Oktober 2016, Ahad

Masa               : 7.00 pagi – 10.00 pagi

Tempat            : The Arc, Bandar Rimbayu, Kota Kemuning, Shah Alam

Yuran              : RM50 / seorang, RM90 / 2 orang satu kumpulan

Pendaftaran    : Melalui online di http://pacerssport.my/shokubutsubemyreason.

Shokubutsu Be My Reason Shower Run Poster

Selain daripada tujuan utama larian untuk mencipta kesedaran terhadap pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi, para peserta akan turut dapat mempelajari dengan lebih lanjut tentang penyakit yang menimpa satu daripada 19 orang wanita ini.

Rakan kerjasama Kempen Pink Ribbon Shokubutsu, Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) akan turut membuka sebuah booth buat mereka yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut tentang kanser payudara dan bagaimana untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi dengan cara yang betul. Bekas pensakit kanser payudara akan turut mengambil bahagian di dalam Be My Reason Shower Run dan para peserta yang lain berpeluang untuk mendengar pengalaman mereka melawan kanser payudara dengan bantuan dan sokongan oleh orang tersayang.

Shokubutsu Be My Reason Shower Run Race kit

Semua peserta yang menyertai Be My Reason Shower Run akan menerima sebuah pingat, sijil dan cenderahati termasuk baucer diskaun Mammogram/Ultrasound Payudara/ Ultrasound Prostat daripada BP Healthcare Group dan minuman yang ditaja oleh Umbro- Isotonic Drinks daripada Ace Canning Corporation Sdn. Bhd.

RM10 daripada yuran penyertaan Be My Reason Shower Run dan RM0.10 daripada pembelian setiap produk mandian Shokubutsu di rangkaian hipermarket yang mengambil bahagian akan disumbangkan kepada NCSM sebagai tanda sokongan terhadap organisasi ini dan juga sebagai tanda kesedaran. Kempen Pink Ribbon oleh Shokubutsu akan diadakan bermula 1 Oktober 2016 sehingga 30 Oktober 2016.

Untuk informasi lanjut, sila layari laman Facebook Shokubutsu Malaysia di https://www.facebook.com/ShokubutsuMalaysia

Kredit foto: Abstrax Jingga

 

Check Also

SHOKZ Lancar Fon Kepala OPENRUN PRO2 dengan Teknologi DualPitch™

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, Malaysia, 23 September 2024 – Jenama elektronik pengguna terkemuka …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!