Home / Artikel Menarik / Bagaimana Leo Tan Pecahkan Rekod Kebangsaan di Tokyo Marathon

Bagaimana Leo Tan Pecahkan Rekod Kebangsaan di Tokyo Marathon

leo tan 1

Nama saya Leo ( Huong- Leong) Tan!

Saya telah sertai Tokyo Marathon sekali lagi! Matlamat saya adalah untuk memecahkan rekod saya “sekali lagi”, and melangkah setapak lebih dekat kepada standard Olympic 2020.

Catatan masa marathon yang pernah saya sertai:

2015 Taipei Marathon 2:43:41
2016 Taipei Marathon 2:35:25
2017 Tokyo Marathon 2:28:19
2017 Fukuoka International Marathon 2:29:08
2018 Tokyo Marathon 2:25:32

Hari Ketibaan (23/2/2018)

Tokyo Marathon 2018 jatuh di tanggal 25 Februari. Saya telah membuat perancangan untuk tiba di Tokyo dua hari sebelum perlumbaan agar saya dapat menyesuaikan diri dengan cuaca tempatan dan mendapat rehat yang mencukupi.

Leo_Tan_003

Saya pergi ke ekspo untuk mengambil pek larian sehari sebelum perlumbaan. Saya tidak dapat meluangkan banyak masa membeli-belah di sana kerana ia terlalu sesak dan pulang ke tepat penginapan pada jam 3 petang. Memandangkan masa adalah terlalu awal untuk saya tidur, jadi saya pun mandi air panas dan menggunakan gajet baru Hyperice vibrating roller untuk merehatkan otot-otot saya.

Sebelum keluar untuk makan malam, saya membuat persiapan barang-barang yang akan dibawa untuk untuk perlumbaan pada keesokan harinya. Saya mengambil nasi dengan kari Jepun, yang tidak terlalu pedas bagi saya. Nasi adalah sumber karbohidrat yang bagus untuk pelari marathon.

Leo_Tan_006

Saya masuk tidur pada jam 9 malam. Tidur yang cukup adalah wajib untuk menjamin prestasi seseorang atlet!

Matlamat Perlumbaan

Acara ini adalah perlumbaan pertama saya selepas sembuh dari kecederaan bahagian belakang dan hamstring. Kecederaan tersebut telah menjejaskan pelan latihan saya untuk Fukuoka International Marathon Championships tahun lepas. Kekurangan mileage (jarak latihan) telah menjejaskan prestasi saya di sana. Saya bernasib baik kerana saya terjumpa sebuah klinik boleh membuat  rawatan dengan efektif. Selepas perlumbaan di Fukuoka, saya kerap pergi ke klinik tersebut dan menggunakan roller untuk merehatkan otot-otot saya setiap hari. Satus latihan saya kembali normal pada bulan Januari tahun ini. Saya menyasarkan dua matlamat di Tokto:

A Standard: 2 jam 24 min.

B Standard: 2 jam25 min.

Matlamat utama saya adalah untuk memecahkan rekod peribadi terbaik (PB) saya dan Rekod Kebangsaan Malaysia (yang tidak diiktiraf oleh KOM)!

Hari Perlumbaan

Untuk mendapatkan tempat penginapan yang berhampiran dengan kawasan permulaan Tokyo Marathon, isteri saya telah menempah penginapan melalui air-B&B di Shinjuku sejak bulan Julai tahun lalu. Tempat penginapan kami hanya 1.2 km dari pintu masuk ke tapak perlumbaan. Saya masuk ke tapak perlumbaan pada jam 8:10 pagi dan mula memanaskan badan. Dalam fikiran, saya sepatutnya masuk 30 minit lebih awal untuk mendapatkan lebih masa dalam membuat persiapan.

Perlumbaan dimulakan pada jam 9:10 pagi waktu tempatan. Saya dapat lihat terdapat ramai pelari profesional dan juga semi-elit yang mengambil bahagian.

Dengan tidak membuang masa, saya ikuti kumpulan pelari yang selesa dengan pace saya. Pada lazimnya, bangunan tinggi boleh mengganggu ketepatan peralatan GPS. Untuk mengatasi masalah ini, saya terpaksa menggunakan penanda kilometer di sepanjang laluan perlumbaan. Saya tulis masa sasaran setiap 5K di atas pita berpelekat dan dilekatkan di pergelangan tangan saya agar saya dapat memantau masa dan jarak larian saya sekiranya bacaan jam GPS kurang tepat.

Leo_Tan_004

Isteri saya merancang untuk mengambil gambar saya di km 7 dan 29, jadi dia bergerak ke lokasi tersebut mengikut masa yang telah saya jangkakan.

Leo_Tan_007

Elevasi separuh masa yang pertama adalah menurun, jadi pacenya adalah lebih laju daripada separuh masa kedua. Saya melepasi tanda separuh perlumbaan pada masa 71 minit dan 50saat.

Leo_Tan_008

Kumpulan pelari yang saya ikuti mulai bersurai selepas km-35. Saya terpaksa berlari dengan seorang diri. Arah tiupan angin yang bertentangan dan kecerunan yang mendaki juga menjejaskan prestasi pelari dan menguji kekuatan mereka. Saya cuba untuk mengekalkan pace dengan sedaya updaya kerana saya yakin saya dapat memecahkan rekod peribadi sekali lagi!

Leo_Tan_009

Satu km terakhir adalah jarak yang paling sukar berbanding dengan 41km sebelum ini.

Leo_Tan_001

Episod Pasca Perlumbaan

Catatan masa saya tahun lepas adalah 2 jam 28 minit 19 saat, iaitu lebih pantas daripada Rekod Kebangsaan yang diiktiraf oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM). Tetapi seminggu sebelum perlumbaan tahun ini, saya diberitahu yang rekod yang saya cipta tahun lepas tidak diiktiraf kerana saya tidak mengambil ujian doping. Selepas berhubung dengan KOM, saya diberitahu agar saya dapatkan ujian doping selepas perlumbaan.

Saya cuba dapatkan permohonan untuk ujian doping di Tokyo Marathon tetapi ditolak. Menurut Pengarah Perlumbaan (RD), hanya atlet jemputan sahaja akan mendapat ujian doping. Saya merasa kecewa kerana rekod yang saya pecahkan dua tahun berturut-turut tidak dapat diiktiraf oleh KOM.

Walau bagaimanapun saya akan tetap berjuang untuk mendapatkan tempat diSukan Olimpik Tokyo 2020. Pada masa yang sama, saya berharap agar KOM dapat meminda polisi doping agar lebih fleksibel bagi pelari-pelari marathon yang bertanding di luar negara dan membantu atlet-atlet seperti saya untuk mendapatkan surat jemputan rasmi  untuk mendapatkan ujian doping.

Leo_Tan_010

Leo_Tan_002

Terima kasih saya ucapkan kepada para penaja yang sanggup menyokong saya. Budi anda semua akan saya kenangi selalu – Leo Tan.

Dialih bahasa dengan kebenaran dari sumber: Running Biji Leo Tan.

Check Also

SHOKZ Lancar Fon Kepala OPENRUN PRO2 dengan Teknologi DualPitch™

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, Malaysia, 23 September 2024 – Jenama elektronik pengguna terkemuka …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!