Home / Artikel Menarik / ‘ASICS Blackout Track’ Dicipta Untuk Menguji Minda

‘ASICS Blackout Track’ Dicipta Untuk Menguji Minda

London, England – 10 Julai 2018 – ASICS telah melancarkan trek larian pertama di dunia untuk melatih minda. Ia berukuran 150 meter serta ditempah khas di London, England. Berbeza dengan trek larian lain, ia dibina dalam gelap dan didatangkan tanpa teknologi, muzik, pemandangan, tidak selesa dan tiada garisan penamat.

‘ASICS Blackout Track’ adalah hasil kerjasama saintis sukan dan beberapa jurulatih terkenal bertujuan memberi galakan dan motivasi kepada para pelari agar fokus ketika berlari.

Bersempena meraih 10k untuk ‘mental marathon’, trek itu telah dirasmikan oleh pemenang pingat Olimpik, Deena Kastor (USA), pengembara Danny Bent (UK) dan pelakon juga graduan fizik, Aarif Lee (Hong Kong). Mereka berjaya membuat 66 pusingan walaupun berlari dalam keadaan kurang selesa.

Dalam acara itu, Deena Kastor telah membuat larian terpantas dengan hanya 37 minit 16 saat. Katanya, “Trek itu mengingatkan saya keseronokan berlari. Terasa-rasa rembesan endorphin mengalir ke seluruh badan dan buatkan saya lebih kenal diri. Sama ada anda atlet professional atau pelari biasa, kadang-kadang minda menghadkan keyakinan kita. Tetapi sebenarnya ia bergantung kepada diri kita sendiri.”

Bagi Aarif, “Ia menakutkan dan dalam masa yang sama seronok. Lari daripada rutin biasa, kepuasannya lebih daripada apa yang kita bayangkan,” katanya yang mencatat 53 minit dan 30 saat.

Trek itu turut menjadi tuan rumah pada Hari Larian Sedunia (6Jun) untuk eksperimen saintifik bagi membuktikan kekuatan mental sepenting kekuatan fizikal bagi atlet.

Seramai 10 pelari telah berlumba untuk 5k atas trek biasa yang terang, dipasang muzik, dengan penonton bersorak dan kemudian berlumba 5k lagi dengan situasi yang berbeza dengan sebelumnya. Tanpa muzik, tanpa motivasi atau pun teknologi.

Eksperimen ini akan dinilai menerusi prestasi dan kadar jantung oleh pengesan data yang direka Professor Samuele Marcora (Director of Research at the University of Kent’s School of Sport and Exercise Sciences) dan Dr Jo Corbett (Human Performance and Health Research Group at The University of Portsmouth),

Para peserta telah melengkapkan NASA Task Load Index, iaitu alat penilaian yang digunakan secara meluas untuk mengakses beban kerja fizikal dan mental yang dialami peserta. Dalam masa yang sama, ia dapat menunjukkan bagaimana minda boleh menjejaskan prestasi peserta walaupun fizikal kapasiti mereka adalah sama.

“Ia merupakan cabaran minda yang mengingatkan kita bahawa kepentingan kesihatan minda untuk mencapai kejayaan dalam sukan mahu pun kehidupan. Bukan hanya kekuatan fizikal tetapi kekuatan mental penting untuk buat kita berjaya.” Kata Paul Miles, Ketua Pegawai Pemasaran, ASICS Corporation.

20 pelari tambahan termasuk personaliti TV, Aishah Sinclair  telah menguji trek itu pada 7 dan 8 Jun sebagai sebahagian daripada beberapa ujian yang telah dijalankan.

Photo 5 - ASICS Gel Kayano 25

ASICS Blackout Track dikatakan ujian ideal sebagai tarikan tahun ke 25 industri kasut untuk larian, GEL-KAYANO 25. Ia merupakan kasut pertama yang menggunakan teknologi FlyteFoam Lyte dan FlyteFoam Propel. Para pelari dapat merasakan perbezaan apabila berlari dalam gelap kerana teknologi itu dapat membantu menyerap impak dan memberi keselesaan dan kestabilan agar mereka dapat berlari lebih jauh.

Selain itu, Jurulatih Chevy Rough Human Performance berkongsi beberapa tips untuk meningkatkan prestasi larian di laman web ASICS.

Antara lain, ASICS Blackout Track juga merealisasikan platform jenama ASICS, ‘I MOVE ME’ bertujuan menstabilkan minda dan tubuh untuk mengoptimumkan prestasi. Lihatlah trek larian pertama dunia di sini.

Untuk maklumat lanjut tentang Asics Gel-Kayano 25, sila layari www.asics.com/kayano25

#ASICSBlackout

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!