Home / Berita Terkini / Tarikan Gua Kota Gelanggi di FGV Tekam Forest Trail

Tarikan Gua Kota Gelanggi di FGV Tekam Forest Trail

 

FGV_Tekam_Forest_Trail_003

Kuala Lumpur, 15 Julai 2018 – Sebuah acara larian baru – FGV Tekam Forest Trail bakal memeriahkan lagi kalendar larian denai negara. Ia bakal dilangsungkan di Dataran KMK, Felda Residence Tekam, Jerantut, Pahang pada 4-5 Ogos 2018.

Larian yang dianjurkan oleh Malatra ini menawarkan kategori jarak 50km, 25km dan 10km di mana laluan larian ini meliputi 70% laluan denai dan 30% jalanraya. FGV Holdings Berhad adalah penaja utama larian yang diadakan buat pertama kali di Felda Residence Tekam.

FGV_Tekam_Forest_Trail_002

Para pelari bakal dilepaskan di Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR) di Felda Residence Tekam dan akan merentasi ladang kelapa sawit serta dusun buah-buahan. Tarikan utama bagi pelari-pelari 50km adalah Taman Warisan Gua Kota Gelanggi, termasuk Gua Tongkat, Gua Balai dan Gua Penyu.

Tapak larian terletak di Felda Residence Tekam terletak kira-kira 2 1/2 jam melalui jalanraya dari Kuala Lumpur. Khidmat pengangkutan perantara (shuttle) dua hala dari Kuala Lumpur ke Felda Residence Tekam. Para peserta juga boleh memilih jenis penginapan yang disediakan seperti hotel, chalet atau tapak perkhemahan.

FGV_Tekam_Forest_Trail_001

Acara ini bakal dihoskan oleh personaliti radio terkenal, Linora Low. Pelari berpengaruh (influencer), Mohd Azmi Isa (@GME2020) turut dilantik sebagai duta untuk mempromosikan larian ini.

Antara pelari elit yang telah mengesahkan penyertaan mereka adalah Manolito Divina — Juara Philippines ATM 2015 dan Affindi Nudin dari Team Malatra.

FGV_Tekam_Forest_Trail_004

Juara lelaki dan wanita 50km bakal menerima hadiah wang tunai berjumlah RM1000 setiap satu.

Penaja bersama  FGV Tekam Forest Trail adalah Ultron (Pakaian rasmi), Hutan Ration (Bar energi rasmi) dan Race Yaya (Sistem catatan masa rasmi).

Pendaftaran dibuka sehingga 3 Ogos di http://www.fgvtekamtrail.com/

Check Also

Bawa Prestasi Larian Anda Ke Tahap Seterusnya Dengan Kasut Plat Karbon BMAI JING TAN FLY

Share this on WhatsApp Sejak pelancarannya pada 2014, BMAI, jenama kasut Cina yang ditransliterasi daripada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!