adidas Running melancarkan kasut rekaan baharu AlphaBOUNCE Beyond baru-baru ini, yang membolehkan para atlet menyerlahkan potensi dan meningkatkan prestasi mereka ke tahap yang lebih tinggi.
Menerusi gabungan rekaan yang progresif, fungsi yang dipertingkatkan dan nilai estetik, kasut lari ini direka untuk para atlet yang menjadikan larian sebagai kaedah latihan untuk menjadi yang terbaik dalam bidang sukan yang diceburi.
Bagi merealisasi hasrat ini, adidas Running memperkenalkan kempen ‘Run The Game’ untuk tujuan memberi cabaran kepada atlet mempertingkatkan kadar larian ke dalam latihan mereka agar dapat meningkatkan kejaguhan dan daya saing masing-masing. Pelancaran edisi kedua kempen ini menampilkan atlet-atlet elit adidas termasuk bintang bola sepak Real Madrid, Gareth Bale, pemain tenis no. 1 dunia dan juara Terbuka Australia 2018 Caroline Wozniacki, bintang bola keranjang pasukan US All-Star sebanyak tiga kali Damian Lillard, bintang bola keranjang pasukan Houston Rockets James Harden dan bintang ‘fly-half’ All Blacks Beauden Barrett.
Caroline Wozniacki, Juara Terbuka Australia 2018 berkata,”Berlari adalah kunci pergerakan saya dan ia memberikan kelebihan apabila saya bersaing. Dengan meningkatkan kadar larian saya ke dalam latihan di luar gelanggang, saya dapat merasakan kesannya dalam permainan saya pada hari pertandingan. Dengan AlphaBOUNCE Beyond saya berasa lebih yakin dan mengetahui cara saya berlatih akan membuktikan kehebatan saya di dalam gelanggang lebih-lebih lagi pada saat-saat genting.”
Direka untuk kuasa, kelajuan dan keselesaan, AlphaBOUNCE Beyond menggabungkan bahan-bahan dan teknologi terkini adidas untuk memberi tiga manfaat utama kepada para atlet: kepadanan, keselesaan dan kelincahan.
PADANAN MUKTAMAD (SUPERIOR FIT) ditawarkan dengan menggunakan Fabrik Kasa (Mesh) tanpa jahitan (FORGED Mesh Upper) baharu, iaitu fabrik penutup bahagian atas telus udara yang direka menggunakan teknologi Aramis khusus untuk memberi sokongan dinamik dan kestabilan bagi pergerakan linear dan pelbagai arah. Sesuai untuk atlet yang perlu menukar arah dan bertindak balas dengan cepat di padang.
RASA YANG DIPERTINGKATKAN (ENHANCED FEEL) diberi melalui Tapak Tengah Boleh Regang (Stretched BOUNCE Midsole), iaitu tapak tengah EVA berprestasi tinggi dan ringan yang boleh memberi sokongan, kekenyalan dan fleksibiliti untuk menyokong pergerakan dari sebarang arah. Ia digabungkan dengan sistem Sokongan Tumit Kaki yang Dipertingkatkan bagi mendakap tumit dan tapak kaki untuk kestabilan yang lebih baik dan rasa ‘terkunci’ pada langkah pertama, supaya atlet berasa lebih stabil dan yakin untuk menguasai permainan.
PERUBAHAN MUKTAMAD (ULTIMATE TRANSITION) diintegrasikan oleh Tapak Luar Continental Rubber™ yang memberi ketahanan muktamad kepada atlet terhadap isu tapak haus dan lusuh, selain daya cengkaman kukuh pada permukaan basah dan kering. Daya cengkaman ini membolehkan para atlet mencengkam lantai apabila mereka mengubah rentak dan arah semasa permainan.
Harga Runcit yang Disyorkan Pengeluar (MRRP) untuk AlphaBOUNCE Beyond adalah RM450 dan boleh didapati SEKARANG melalui www.adidas.com.my dan di kedai-kedai berikut bermula 5 April 2018:
- adidas Sports Performance Suria KLCC
- adidas Sports Performance Pavilion KL
- adidas Sports Performance The Gardens Mall
Ikuti perbualan di @adidasrunning di Instagram, Facebook dan Twitter dengan hashtag #AlphaBOUNCE.