Home / Artikel Menarik / Reviu: Challenge Course di Grand Ion Delemen, Genting Highlands

Reviu: Challenge Course di Grand Ion Delemen, Genting Highlands

Ion_Delemen_002

Letaknya di Banjaran Titiwangsa, Hotel Grand Ion Delemen menawarkan bukan sahaja penginapan malah pengalaman yang sukar mengujakan di Genting Highlands. Hotel ini dibina di lereng bukit, 6,000 kaki di atas aras laut dan dikelilingi oleh hutan hujan tropika yang tertua di dunia.

Khas buat penggemar aktiviti lasak outdoor, Grand Ion Delemen ada menyediakan beberapa pakej aktiviti rekreasi seperti Challenge Course dan Nature Trail Walk. Team #JomKitaLari bersama Geng Borak Kita berpeluang untuk mencuba aktiviti tersebut baru-baru ini.

Ion_Delemen_001

Lokasi Challenge Course ini letaknya tidak jauh daripada pintu besar hotel. Para peserta diwajibkan mendengar taklimat keselamatan selepas mereka memakai harness dan topi keselamatan.

Ion_Delemen_006

Cabaran yang pertama adalah Flying Fox, di mana peserta bergerak dari satu platform ke satu platform yang lain menggunakan wayar.

Ion_Delemen_003

Udara yang nyaman serta pemandangan yang indah di lereng bukit di persekitaran Challenge Course membuatkan pengalaman ini sukar dilupakan.

Ion_Delemen_004

Flying Fox memberi cabaran yang besar terutamanya kepada perserta-peserta yang mempunyai perasaan takut tinggi atau acrophobia.

Ion_Delemen_005

Kepada yang sukakan aktiviti ekstrem pula, ia amat mengujakan kerana tahap adrenalin melonjak apabila peserta melompat dan “terbang” ke platform berikutnya dengan hanya bergantung kepada dua utas wayar.  

Ion_Delemen_007

Cabaran diteruskan dengan berjalan dari satu platform ke satu platform yang lain di atas wayar, umpama aksi berjalan di atas wayar di dalam sarkis.

Ion_Delemen_008

Walaupun gayat, tetapi kami merasa selamat kerana memakai wayar keselamatan.

Ion_Delemen_009

Staf Challenge Course juga agak nakal dan cuba menggoyangkan wayar menyebabkan langkah kami tidak stabil. Kecut perut juga tapi ia juga disambut dengan gelak-ketawa.

Ion_Delemen_011

Kami semua dapat menamatkan Challenge Course tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Memang mengujakan, terutamanya apabila kami memandang ke bawah dan melihat betapa tingginya kami berada, di lereng bukit yang berkabus.

Ion_Delemen_012

Pada keseluruhannya, Challenge Course Grand Ion Delemen, boleh dikategorikan sebagai tahap pengenalan atau entry level. Walaupun ia tidak mudah untuk dilalui, ia juga tidak terlalu sukar untuk ditamatkan. Pada pendapat kami, ia amat sesuai untuk dilakukan secara berkumpulan untuk tujuan team-building di mana ahli-ahli kumpulan mempunyai tahap pengalaman yang berbeza.

Ion_Delemen_013

Selain daripada Challenge Course, Grand Ion Delemen juga menawarkan aktiviti rock-climbing dan abseiling.

Ion_Delemen_014

Pakej Challenge Course adalah dibuka kepada orang ramai dan berharga RM30 seorang. Ia boleh ditempah di resepsi hotel dan bergantung kepada keadaan cuaca di mana ia akan ditutup sekiranya hujan, ribut atau angin bertiup kencang.

Ion_Delemen_015

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Grand Ion Delemen Hotel
Alamat: Jalan Ion Delemen 1, Genting Highlands, Pahang Darul Makmur, 69000, Malaysia
Nombor Telefon: +603 6433 2200
Laman Web: https://www.iondelemenhotels.com
Laman Facebook: https://www.facebook.com/iondelemenhotels

Check Also

Uji Had Kecergasan Anda di UNDER ARMOUR COMBINE

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 20 September 2024 – Under Armour mengumumkan kembalinya UA …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!