Pelari Jepun Yuki Kawauchi membuat kejutan dengan memenangi Boston Marathon ke-122 pada tahun 2018. Yuki mencatatkan masa 2:15:58, mengatasi juara tahun lepas iaitu pelari Kenya Geoffrey Kirui dalam keadaan cuaca hujan, angin kencang dan sejuk.
Kemenangan ini adalah yang keempat baginya tahun ini.
Berlainan dengan strategi pelari-pelari elit lain yang hanya menyertai 2-3 marathon setahun, Yuki memenangi lima daripada 12 marathon yang disertainya tahun lepas.
Jom kita kenali Yuki dengan 10 fakta tentang dirinya…
1. Yuki berkerja sepenuh masa sebagai seorang kakitangan tadbir di sebuah sekolah kerajaan di Saitama, Jepun. Beliau bekerja 40 jam seminggu dalam shif 12:45 tengahari – 9:15 malam. Oleh itu, dia diberi gelaran “Citizen Runner” oleh para peminatnya.
2. Umurnya 31 tahun dan beliau telah menamatkan lebih 76 marathon di bawah masa 2:20.
3. Awal tahun ini, dia mencatatkan masa 2:18:59 di sebuah acara marathon di Massachusetts dalam beadaan bersalji (-17C)
4. Yuki tidak ditaja oleh mana-mana jenama atau badan korporat. Beliau juga tidak menerima bayaran penampilan kerana sebagai penjawat kerajaan, Yuki tidak dibenarkan mendapat bayaran luar daripada gajinya kecuali hadiah kemenangan.
5. Jarak latihan mingguan mencecah 130-140km. Mileage yang dicapai adalah melalui larian harian tunggal (single) berbanding dengan pelari-pelari elit lain yang menjalani latihan dua kali sehari.
6. Berlumba setiap hujung minggu, tetapi hanya sebagai latihan. Disebabkan jadual kerjanya agak penuh, Yuki melakukan latihan intensiti rendah pada hari-hari bekerja dan berlatih/ berlumba lebih keras pada hujung minggu.
7. Dalam 2013, Yuki menyertai 11 acara marathon, 4 daripadanya mencatatkan masa di bawah 2:10 termasuk rekod peribadi terbaik, PB 2:08:14. Ia adalah satu pencapaian yang cemerlang dan tiada tolok banding dengan pelari elit lain. Yuki bercita-cita untuk menamatkan 100 marathon sebelum Sukan Olimpik Tokyo 2020.
8. Yuki mempunyai gim buatan sendiri di rumah yang menggunakan barangan yang dibeli dari kedai DIY. Antara rutin senamannya adalah bench press, lat pull-downs, abductor/adductor exercises ect pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat.
9. Untuk tujuan recovery, Yuki mendapatkan khidmat akupuntur dan urutan terapi beberapa kali sebulan. Beliau juga selalu berkunjung ke hot spring untuk mandian air panas semulajadi.
10. Yuki tidak menggunakan khidmat jurulatih. Program latihan semuanya dibuat sendiri.
Rutin Latinan Mingguan:
Isnin
– 70 – 100 minit Larian 20km sekitar 5min/km.
Selasa
– 70 – 100 minit Larian 20km sekitar 5min/km.
Rabu
– Speed work: Interval (10 x 1,000m dalam pace 3 atau kurang; 20x400m pace lebih laju) atau tempo run
Khamis
– 70 – 100 minit Larian 20km sekitar 5min/km.
Jumaat
– 70 – 100 minit Larian 20km sekitar 5min/km.
Sabtu
– Larian Trail di pergunungan atau berlumba.
Ahad
– Berlumba atau serious long tempo
“I run a lot of races because I love to run races,” he said. “It’s one of the things I enjoy the most. Racing a lot gives me the opportunity to travel the world to see different places, get to meet different people, experience different things. And in a more practical sense, because I train by myself, if I did not run a lot of races, I would not be able to put in the same kind of quality.” – Yuki Kawauchi
Rekod Peribadi Terbaik (Personal best):
1500m – 3:50.51 (2012)
5000m – 13:58.62 (2012)
10,000m – 29:02.33 (2010)
10km road – 29:54 (2013)
10miles road – 47:28 (2014)
Half Marathon – 1:02:18 (2012)
Marathon – 2:08:14 (2013)
50km Ultramarathon – 2:44:07 (2016)
Sumber: Running Science