Home / Berita Terkini / NAZA TTDI dan UNDER ARMOUR Lancarkan ARMOUR@THEPARK

NAZA TTDI dan UNDER ARMOUR Lancarkan ARMOUR@THEPARK

ua x naza 1

Kuala Lumpur, 16 Mei 2017 –  Naza TTDI bersama Under Armour telah melancarkan sebuah inisiatif kemasyarakatan, Armour@ThePark di Menara Naza, Taman platinum hari ini. Dalam menyahut seruan kerajaan untuk mewujudkan Malaysia yang lebih sihat dan aktif, Naza TTDI dan Under Armour telah bekerjasama untuk menggalakkan masyarakat supaya memilih kehidupan sihat.

Sempena pelancaran rasmi inisiatif ini, sebuah sesi senaman berkumpulan telah dijalankan untuk memberi kesempatan kepada petugas media dan orang ramai mengalami sendiri sesi-sesi senaman yang bakal diadakan pada setiap Selasa hingga hujung tahun ini. Berlatar-belakangkan menara berkembar, para peserta telah menjalani senaman seluruh badan selama 30 minit. Kerjasama ini turut memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati sesi senaman percuma yang bakal diadakan setiap Selasa pada pukul 6.30pm di Naza Tower, Platinum Park.

ua x naza 2
Encik SM Faliq SM Nasimuddin, Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Naza TTDI., Jessica Tan, Pengurus Besar UA Sports Malaysia, Atlet Under Armour, Peter Davis dan Linora Low.

“Kedudukan Naza Tower, Platinum Park yang terletak di tengah bandar menjadikan ia lokasi ideal di mana masyarakat setempat boleh berkumpul dan menyertai aktiviti kehidupan sihat. Salah satu ciri uniknya termasuklah tempat awam indah yang menawarkan kesegaran suasana luar untuk setiap sesi senaman. Inisiatif ini merupakan peluang terbaik untuk memberi orang awam sekilas pandang terhadap keseronokan sesi senaman yang bakal diadakan,” kata En SM Faliq SM Nasimuddin, Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Naza TTDI.

“Kami gembira berpadu tenaga dengan Under Armour demi menggalak dan mengaktifkan mereka yang ingin memilih kehidupan sihat – tapi hanya memerlukan suasana yang kondusif serta jurulatih yang sesuai untuk membimbing mereka,” tambahnya.

ua x naza 3

Sesi senaman mingguan selama 1.5 jam akan diadakan sepanjang tahun sehingga 19 Disember 2017. Sesi-sesi ini akan melibatkan pelbagai disiplin senaman yang diperkasakan oleh Under Armour, contohnya Senaman yang menyasarkan bahagian tubuh tertentu (Isolated Body Workout), Yoga, TRX, Senaman Kettlebell dan Senaman RMT. Untuk menjamin sesi senaman yang terurus dan menyeluruh, rakan rasmi gim Under Armour dan jurulatih profesional dari PFC Studio, YogaonethatIwant dan Celebrity Fitness akan turut hadir untuk mengetuai sesi senaman yang berbeza.

ua x naza 4

“Kami teruja untuk menyokong inisiatif ini untuk mewujudkan Malaysia yang lebih sihat dan kuat. Kerjasama dengan Naza TTDI bermakna akan terdapat ruang di mana komuniti boleh bersenam dan bersama meningkatkan tahap kesihatan. Kami mengalu-alukan semua yang berminat dalam bidang kecergasan dan juga mereka yang ingin memulakan rutin senaman,” kata Pengurus Besar UA Sports Malaysia, Jessica Tan.

Orang awam daripada pelbahai tahap kecergasan,  sama ada pemula atau penggemar, profesional hinggalah novis, dijemput menyertai sesi senaman yang disediakan – pasti akan ada yang menyeronokkan untuk setiap peserta.

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!