Kuala Lumpur, 21 Mei 2017 – Hampir 36,000 pelari telah berkumpul di Dataran Merdeka untuk mengambil bahagian dalam edisi ke-9 Standard Chartered KL Marathon (SCKLM) pagi ini. Cosmas Matolo Muteti, dari Kenya berjaya menjuarai kategori Full Marathon Lelaki terbuka dengan catatan masa 2:18:43 dan membawa pulang hadiah wang tunai USD17,500 sementara Full Marathon Wanita Terbuka dmenangi oleh Elizabeth Chepkanan dari Kenya dengan catatan masa 2:36:14 jga memenangi wang tunai USD17,500.
Juata lima kali SCKLM, Kennedy Kiproo Lilan dari Kenya mendapat tempat kedua di dalam acara Full Marathon Lelaki Terbukadengan masa 2:19:35 manakala Tonui Kiprop dari Kenya mendapat tempat ketiga dengan masa 2:20:36
Di dalam kategori Full Marathon Wanita Terbuka, Vikoti Chepkemoi dari Kenya mendapat tempat kedua dengan masa 2:40:08 manakala Zeritu Begashaw Wakijira dari Ethiopia berjaya mendapat tempat ketiga dengan masa 2:42:56.
Kategori Marathon Lelaki Malaysia menyaksikan persaingan yang sengit antara juara bertahan, Muhaizar Mohamad dengan Leo Tan Huong Leong. Muhaizar berjaya mempertahankan kejuaraannya dengan catatan masa peribadi terbaik (PB) iaitu 2:35:55 sementara Leo tidak ketinggalan jauh di belakang dengan masa 2:38:06 dan Ow Yong Jin Kuan berjaya mendapat tempat ketiga dengan masa 2:43:45.
Kategori Full Marathon Wanita Malaysia dimenangi oleh Yuan Yufang dengan masa 3:23:00, manakala Loh Chooi Fern di tempat kedua dengan masa 3:25:55 dan Chua Khit Yeng di tempat ketiga dengan masa 3:33:46