Home / Berita Terkini / Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar Anjur SMART TUNNEL RUN

Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar Anjur SMART TUNNEL RUN

smart tunnel run 1

Kuala Lumpur, 22 Mei 2017 – Program SMART Tunnel Run 2017 (Larian Terowong SMART 2017) akan akan diadakan pada 30 Julai 2017 bertempat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Acara ini dianjurkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), dengan sokongan daripada Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd (SMABT) dan mendapat sokongan teknikal daripada Federai Territory Kuala Lumpur Athletic Association (FTKLAA).

YB Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri, Timbalan Menterl Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menyempurnakan Majlis Pra Penganjuran Smart Tunnel Run 2017 di Pusat Kawalan Terowong SMART, Jalan Ampang, Kuala Lumpur hari ini ini.

SMART Tunnel Run 2017 merupakan penganjuran kali ke-2 di mana acara ini telah diadakan buat julung kalinya pada Mac 2007. la bertujuan untuk meraikan sambutan ulang tahun ke-85 penubuhan JPS Malaysia (dikenali sebagai Jabatan Parit dan Tali Air pada 1932) dan ulangtahun kes10 Pengoperasian Terowong SMART. la juga diharapkan akan dapat memupuk amatan gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia metalui penglibatan di daiam aktiviti berbentuk kecergasan.

Sebanyak (5) kategori akan dipertandingkan laitu Lelaki Terbuka (berumur 18 tahun ke atas), Lelaki Veteran Junior (berumur 40-49 tahun). Wanita Terbuka (berumur 18 tahun ke atas), Lelaki Veteran Senior (berumur 50 tahun ke atas) dan Wanita Veteran (berumur 35 tahun ke atas).

Hadiah berupa wang tunai berjumlah RM11,250 dan trofi mananti pemenang-pemenang setiap kategori. Pihak penganjur turut menyediakan pelbagai insentif bagi progam larian ini termasuklah T-shirt microfit, hadiah wang tunai (bagi tempat 1-10), trofi (bagi tempat 1-5), insuran berkumpulan kemalangan peribadi. sijil, nombor bib, pingat, cip masa, cenderahati serta jamuan ringan.

smart tunnel run 2

Seramai 3,000 pelari dari seluruh negara dijangka akan menyertat SMART Tunnel Run 2017 yang terbuka kepada rakyat Malaysia dan penduduk tetap (PR) berumur 18 ke atas. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM70.00.

Tarikh tutup penyertaan adalah 30 Jun 2017. Borang penyertaan boleh didapati di Pejabat FTKLAA, Tingkat 2, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat, 50150 Kuala Lumpur. Pendaftaran juga boleh dibuat melalui portal pendaftaran atas talian http://www.twentyfirstcenturysports.com.

Pengagihan race kit (baju, nombor bib dan cip masa) akan dibuat pada 28 hingga 29 Julai 2017 bermula 10.00 pagi hingga 6.00 petang bertempat di Foyer Tingkat 1, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat, 50150 Kuala Lumpur.

Video:

Check Also

Diganggu Penunggu Presint 18, Putrajaya? Pelari Kongsi Kisah Seram Ketika Berjoging

Share this on WhatsApp Gambar hiasan Pernahkah anda mengalami insiden yang menyeramkan ketika berlari di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!