Home / Berita Terkini / UA Infinite Race: Acara Lumba Lari Malam yang Meraikan Kecekalan dan Semangat Berpasukan

UA Infinite Race: Acara Lumba Lari Malam yang Meraikan Kecekalan dan Semangat Berpasukan

Pada tanggal 3 Mei 2025 lalu, lintasan Stesen BRT Sunway menjadi saksi kepada satu acara yang penuh meriah dan bertenaga – UA Infinite Race. Acara lumba lari malam yang dianjurkan oleh Under Armour dengan kerjasama JomRun ini diinspirasikan oleh rangkaian produk UA Run baharu yang direka khas untuk prestasi jarak jauh. Ia mengetengahkan kehebatan koleksi kasut lari UA Infinite Pro 2 dan pakaian UA Launch Elite, membuktikan kemampuan rangkaian produk ini dalam menyokong setiap langkah para pelari di hari perlumbaan.

Pecutan Malam yang Mendebarkan

Direka untuk menguji kecekalann individu dan solidariti berpasukan, acara lumba lari ini menawarkan dua kategori utama yang menarik:

  • Kategori Individu 21.1km untuk pelari lelaki dan wanita
  • Kategori Larian Bergilir, di mana dua pelari berkongsi jarak 10.5km setiap seorang

Para peserta mempamerkan nilai-nilai kekuatan, kecekalan, dan prestasi terbaik, berusaha melampaui had kemampuan diri demi mencapai rekod peribadi sambil memberikan sokongan kepada rakan-rakan dalam mengejar kecemerlangan bersama.

Menurut Samantha Lim, Pengarah Komersial Under Armour Malaysia, “Di Under Armour, motto kami ialah ‘Protect This House’, yang bermaksud untuk terus mencabar diri dan mendapatkan kekuatan daripada semangat berpasukan serta komuniti. UA Infinite Race benar-benar mencerminkan semangat ini, menghimpunkan para pelari yang berazam untuk mengatasi batasan mereka, saling menyokong, dan meraih kejayaan baharu secara kolektif.”

Pengiktirafan Kepada Para Juara

Acara ini juga menjadi platform untuk mengiktiraf para juara dari setiap kategori yang telah menunjukkan prestasi luar biasa. Berikut adalah senarai para pemenang beserta catatan masa larian mereka yang mengagumkan:

🏅 Juara Individu Wanita 21.1KM:

  • Noor Amelia Musa – 1 jam, 32 minit, dan 38 saat

🏅 Juara Individu Lelaki 21.1KM:

  • Hazman Akmal Bin Mohd Zalghani – 1 jam, 14 minit, dan 41 saat

🏅 Juara Larian Bergilir Wanita 21.1KM:

  • Nurul Juliana Shakira Binti Abdul Halim & Nur Syaripah BT Rozaki – 1 jam, 31 minit, dan 58 saat

🏅 Juara Larian Bergilir Lelaki 21.1KM:

  • Daren James Nair & Gautham A/L Vadivelu – 1 jam, 12 minit, dan 50 saat

🏅 Juara Larian Bergilir Campuran 21.1KM:

  • Muhaizar Bin Mohamad & Lee Siok Chin – 1 jam, 24 minit, dan 5 saat

Sentuhan Lokal di Hari Perlumbaan

Under Armour memperkenalkan photobooth Infinite Café, yang diinspirasikan daripada tradisi para pelari yang sering mengunjungi kedai kopi atau “kopitiam” untuk menikmati kopi selepas berlari. Para peserta berpeluang mengabadikan kenangan hari perlumbaan dengan sentuhan Malaysia, bergambar bersama koleksi pakaian larian UA Run yang terkini.

Tingkatkan Prestasi Larian Anda dengan UA Infinite Pro 2 & UA Launch Elite

Koleksi pakaian larian UA Run terbaru kini boleh didapati di semua kedai Under Armour di seluruh negara dan juga secara dalam talian di laman web Under Armour Malaysia.

  • UA Infinite Pro 2 – Direka dengan teknologi UA HOVR+ cushioning, kasut ini memberikan pengurangan impak yang signifikan, pulangan tenaga yang responsif, dan daya anjakan ke hadapan yang optimal untuk larian jarak jauh.
  • UA Launch Elite – Dihasilkan dengan fabrik Iso-Chill yang ringan, koleksi pakaian ini memastikan pengudaraan yang maksimum dan prestasi tertinggi bagi para pelari yang ingin mencapai potensi penuh mereka.

Bersedia untuk Pecutan ke Tahap Seterusnya?

UA Infinite Race bukan sekadar sebuah acara larian biasa—ia adalah sebuah acara yang menghimpunkan para pelari bagi mempamerkan semangat kecekalan, inovasi dalam produk, dan kekuatan komuniti. Sama ada berlari secara solo atau dalam satu pasukan, setiap peserta mempamerkan semangat jati Under Armour: mengatasi segala rintangan, saling bantu-membantu, dan bersama-sama mengejar kecemerlangan.

Ingin mempersiapkan diri untuk perlumbaan anda yang seterusnya? Jangan tunda lagi, terokai koleksi terbaru UA Infinite Pro 2 & UA Launch Elite hari ini!

Check Also

7,000 Peserta Meriahkan Pos Malaysia Run 2025 di Stadium Merdeka

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 26 November 2025 – Lebih 7,000 peserta membanjiri Stadium …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!