Home / Berita Terkini / PUMA Nitro Run Club – Komuniti Larian PUMA untuk Prestasi Lebih Cemerlang

PUMA Nitro Run Club – Komuniti Larian PUMA untuk Prestasi Lebih Cemerlang

Kuala Lumpur, 4 Mei 2025 – PUMA Malaysia telah melancarkan semula PUMA Nitro Run Club (PNRC), kini dengan pendekatan baharu yang diketuai jurulatih untuk meningkatkan prestasi pelari di seluruh negara.

Versi baharu PUMA Nitro Run Club menandakan babak baharu bagi komuniti pelari jenama sukan ini—kini sebuah program berstruktur yang berorientasikan prestasi, direka untuk membantu pelari mencapai potensi sepenuhnya dalam suasana yang dipacu komuniti.

Ketua Jurulatih Cici mengetuai sesi latihan, memastikan setiap larian mempunyai tujuan dan selaras dengan perkembangan pelari. Bersamanya ialah Jurulatih Kekuatan & Kondisi Saddam Pittli, yang memastikan peserta membina kuasa, kestabilan, dan ketahanan terhadap kecederaan—seterusnya meningkatkan prestasi keseluruhan seorang pelari. Bersama-sama, mereka akan membimbing ahli kelab larian melalui setiap aspek latihan untuk mencapai tahap baharu.

Sama ada anda berusaha untuk rekod peribadi dalam larian 10K, bersiap sedia untuk maraton, atau sekadar ingin meningkatkan kecergasan, kelab ini adalah tempat terbaik untuk anda melonjakkan prestasi ke tahap seterusnya!

Justeru, PUMA emngalu-alukan kehadiran anda ke PUMA Nitro Run Club pada setiap hari Rabu, 8:30PM di Arena Sukan Kuala Lumpur. Sesi ini terbuka untuk semua pelari yang ingin mengejar rekod lebih pantas, pencapaian lebih tinggi, dan kecergasan lebih mantap!

Ikuti laman Instagram rasmi PUMA Nitro Run Club Malaysia di @pumanitrorunclub_my untuk kemas kini terkini.

Check Also

New Balance 1080 v15: Evolusi Kusyen Premium dengan Teknologi Infinion

Share this on WhatsApp New Balance sekali lagi mengangkat standard kasut larian harian premium dengan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!