Home / Berita Terkini / Triathlon Wanita: Irene Berpuas Hati Dengan Gangsa

Triathlon Wanita: Irene Berpuas Hati Dengan Gangsa

org_b1503315594.1741

Kuala Lumpur, 21 Ogos 2017 – IRENE Chong See Win nyata gembira bercampur sebak sebaik memenangi gangsa alam acara triathlon wanita Sukan SEA 2017 selepas mencatat 2:25.44s pada perlumbaan di Putrajaya pada Isnin (21 Ogos).

Kekuatan Filipina dalam triatlon ​nyata menyerlah dengan kejayaan memenangi kedua-dua acara lelaki dan wanita Sukan SEA 2017.

Marion Kim Mangrobang mencatatkan 2jam11m.14s untuk meraih emas, dikuti rakan senegara Ma Claire Adorna yang meraih pingat perak dengan 2:18.58s.

Sebaik tamat, Irene sebak dan menitiskan airmata kegembiraan, tanda penghargaan kepada rakan senegara Zoe Natasha Bowden yang sentiasa memberikannya semangat sepanjang perlumbaan.

“Saya tidak dapat melakukannya tanpa kata-kata semangat Zoe. Kita telah melakukan yang terbaik, tidak timbul rasa kesal. Siapa yang menang pingat tidak penting,” kata Irene. Pada perlumbaan itu, Zoe di tempat kelima dengan catatan 2:30.5s.

TRIATLET LELAKI FILIPINA MENYERLAH

Dalam saingan lelaki, Nikko Bryan Huelgas dan rakan senegara John Chicano melengkapakn kemenangan 1-2 dengan catatan 1jam59.30s dan 2jam:01.27s.

Ini merupakan hari yang gembira bagi Filipina. Kami menang dua pingat emas dan dua perak, rekod Sukan SEA 2015 di Singapura kekal utuh,” kata ketua jurulatih pasukan wanita Filipina, Ani Karena De Leon.

Atlet negra Ryan Tan Qai Shen (2:08.57s) dan Rikigoro Shinozuka (2:09.41s) sekadar tempat ke-7 dan ke-8.

Perlumbaan triatlon membabitkan acara renang sejauh 1.5km di Tasik Putrajaya diikuti berbasikal sejauh 40km mengelilingi Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan berakhir dengan larian 10km.

Sumber: KL 2017

Check Also

Diganggu Penunggu Presint 18, Putrajaya? Pelari Kongsi Kisah Seram Ketika Berjoging

Share this on WhatsApp Gambar hiasan Pernahkah anda mengalami insiden yang menyeramkan ketika berlari di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!