
Shah Alam, 4 Jun 2025 – UMW Toyota Motor (UMWT) sekali lagi memperkukuh komitmennya terhadap kesihatan, empati dan kemajuan sosial menerusi penganjuran Toyota Start Your Impossible (SYI) Outrun 2025, yang akan berlangsung pada Ahad, 27 Julai 2025, di Dataran Wawasan, Putrajaya.
Inisiatif yang berteraskan semangat Start Your Impossible ini bukan sekadar acara larian, tetapi simbol kepada kebebasan bergerak dan daya ketahanan masyarakat. Tahun ini, UMWT memperkenalkan buat pertama kalinya kategori 21KM, sebagai tambahan kepadai dua kategori sedia ada: Larian Santai 5KM dan Larian Kompetitif 10KM.

“Outrun mencerminkan kepercayaan kami bahawa setiap langkah—sama ada jasmani, emosi atau sosial—mampu mencetuskan perubahan,” ujar Datuk Ravindran K., Presiden UMW Toyota Motor. “Kami percaya bahawa apabila komuniti bergerak bersama, yang mustahil pun mampu direalisasikan.”
Sejak diperkenalkan pada tahun 2019, Outrun telah berjaya mengumpul lebih RM500,000 bagi menyokong inisiatif kesihatan dan kebolehcapaian. Bagi tahun 2025, hasil kutipan akan disalurkan kepada rakyat Malaysia yang terkesan akibat kanser melalui kerjasama bersama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).
Acara ini menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM138,000 untuk 10 pelari terbaik bagi kategori 10KM dan 21KM, serta laluan baharu yang menampilkan pemandangan indah di sekitar Putrajaya. Setiap peserta akan menerima kit larian eksklusif, manakala peserta 21KM akan diraikan dengan jersi penamat edisi khas.

Maklumat Pendaftaran:
- Tarikh tutup penyertaan: 8 Julai 2025
- Yuran penyertaan: RM55 (5KM), RM75 (10KM), RM95 (21KM)
- Pendaftaran: www.toyota.com.my/startyourimpossible/outrun
Toyota SYI Outrun 2025 menyeru seluruh rakyat Malaysia melangkah bersama untuk membina Malaysia yang lebih sihat, dan inklusif—di mana setiap langkah membawa makna, setiap kisah menyemai inspirasi, dan setiap impian yang kelihatan mustahil, menjadi satu kenyataan.
