Home / Artikel Menarik / Tips PDRM Untuk Elak Ditipu Penganjur Larian

Tips PDRM Untuk Elak Ditipu Penganjur Larian

Pernahkah anda mendaftar untuk sesebuah acara larian tetapi apabila tiba tarikh yang ditetapkan, ia dibatal tanpa sebarang notis? Paling tidak, penganjur memaklumkan ia terpaksa dibatalkan “atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan”. Lebih menyakitkan hati, wang penyertaan yang dimaklum akan dikembalikan, langsung senyap tanpa khabar berita.

Semestinya objektif utama program sebegini bagi menggalakan gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia boleh terjejas dengan perbuatan tidak bertanggungjawab segelintir penganjur yang ingin mengaut keuntungan semata-mata.

Ia juga secara tidak langsung menyebabkan imej buruk kepada negara apabila terdapat peserta larian dari negara luar yang turut mendaftar.

Tanpa kebenaran daripada pihak berwajib terlebih dahulu, penganjur sewenang-wenangnya membuat hebahan kepada umum untuk meminta yuran penyertaan bagi sesebuah acara larian yang ingin dilakukan. Apabila tiba tarikh yang dinyatakan, ia terpaksa dibatal atau ditunda kerana tidak mendapat kebenaran.

Tahukah anda, sebarang penganjuran acara sukan perlu mendapat kebenaran daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia sebagaimana termaktub dalam Seksyen 36 Akta Pembangunan Sukan 1997, di samping badan pengelola sukan yang terbabit, pihak polis, pihak berkuasa tempatan dan sebagainya.

Perkara ini diwajibkan bagi memastikan penganjur berkemampuan dari aspek kewangan, teknikal serta mematuhi kaedah dan garis panduan yang ditetapkan oleh badan pengelola sukan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Oleh itu, adalah penting untuk anda yang suka menyertai acara ini untuk membuat sedikit semakan terlebih dahulu. Antaranya:

1. Dapatkan pengesahan sama ada acara yang bakal dianjurkan mendapat kebenaran oleh pihak berwajib ataupun tidak. Semakan boleh dibuat melalui Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

2. Baca terma dan syarat yang ditetapkan bagi memahami dasar pembayaran balik wang dan pembatalan acara yang dianjurkan.

3. Ukur prestasi penganjuran melalui program yang terdahulu. Lihat testimoni daripada peserta yang pernah terlibat dalam acara yang dianjur oleh penganjur. Elak sertainya jika banyak isu yang timbul sepanjang acara tersebut. (Editor: Anda boleh sertai Group Facebook MALAYSIA RUN REVIEWS untuk mendapatkan/ berkongsi maklumat tentang penganjur larian yang bermasalah)

4. Jika acara yang dianjurkan bagi tujuan kebajikan, hubungi badan kebajikan yang dinyatakan untuk pengesahan.

Sumber: FB PDRM

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!