Home / Berita Terkini / The Music Run Meraikan Ulang Tahun ke-10 dengan lebih 15,000 Peserta

The Music Run Meraikan Ulang Tahun ke-10 dengan lebih 15,000 Peserta

Kuala Lumpur, 17 Mei 2025 – Acara kecergasan dan muzik paling mengujakan di Asia, The Music Run meraikan ulang tahun mereka yang ke-10 di Malaysia dengan sebuah acara yang penuh tenaga dan keseronokan. Menampilkan laluan trek muzik 5km yang ikonik dengan siaran irama muzik daripada pembesar suara yang menggegarkan, acara larian ceria ini telah menarik lebih 15,000 peserta ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari ini.

Edisi ke-10 festival “LIVE THE BEAT” yang disusun khas ini diterajui oleh E-Squad The Music Run – barisan pengacara dan DJ ternama untuk memastikan para hadirin terhibur dan terus berpesta dari awal hingga akhir. Malam tersebut diakhiri dengan konsert kemuncak secara langsung yang menampilkan barisan artis muzik tempatan yang paling hangat.

Konsert dimulakan oleh Alex Ungku (@alexungku) dengan gaya R&B yang tersendiri, memberikan aura santai tetapi penuh tenaga kepada malam itu. Persembahan diteruskan dengan Claudia Tan (@claudiaaatan), penyanyi-penulis lagu tempatan yang memukau dunia dengan suara uniknya. Festival ini mencapai kemuncaknya dengan persembahan utama daripada DJ paling popular Malaysia, DJ Blink (@blink_mys), yang menggegarkan pentas dengan irama yang mengasyikkan dan lagu-lagu hits terkini. DJ Blink benar-benar menghidupkan semangat “Run, Music, Party” yang menjadi tunjang acara ini.

Dianjurkan oleh Fresh Events Asia Sdn. Bhd., The Music Run kini telah menganjurkan 40 acara di seluruh dunia, termasuk 28 di Asia, dan telah disertai oleh lebih 350,000 pelari dalam acara larian bermuzik ini. Menggabungkan pesta muzik dengan senaman, acara ini menyatukan komuniti bandar Generasi Z dan Milenial dalam satu pesta penuh tenaga positif. Sepanjang 10 tahun ini, The Music Run telah membina komuniti peminat setia yang besar, dengan para peserta kembali menyertainya tahun demi tahun. Ia bukan sekadar acara larian – ia memperjuangkan gaya hidup aktif dalam ruang yang selamat, bebas alkohol, dan inklusif untuk semua.

Jeffrey Ross, Pengurus Besar Fresh Events Asia, berkata, “Sepuluh tahun lalu, kami berazam untuk mencipta sesuatu yang unik — satu acara larian yang tidak terlalu mementingkan kepada faktor masa atau persaingan, tetapi meraikan muzik dan kecergasan. Hari ini, kami amat berbangga dapat meraikan edisi ke-10 The Music Run. Kejayaannya adalah hasil penggabungan irama dan senaman yang mampu menyatukan orang ramai dan melonjakkan tenaga positif di kalangan pelari kami.”

“Membawa semangat ini kembali ke dalam kehidupan seharian mereka, kami berharap aura positif malam ini dapat menjadi peringatan kepada komuniti kami bahawa kesihatan bukan sahaja melibatkan jasmani tetapi juga emosi. Kami komited untuk terus mencabar batasan dan menyampaikan kuasa kebahagiaan, kebersamaan dan membina memori yang bermakna melalui acara ini,” tambah Jeffrey.

The Music Run dilancarkan di Kuala Lumpur, Malaysia pada tahun 2014 dan telah berkembang ke pelbagai negara termasuk Singapura, Taiwan, China dan lain-lain. Acara ini akan meneruskan penjelajahannya secara global dengan acara akan datang di Dubai dan Filipina, sekaligus terus memperkasakan komuniti untuk mengamalkan larian, muzik dan gaya hidup aktif.

Acara tersebut turut ditaja oleh Affin Bank sebagai Rakan Kongsi Perkampungan Makanan Rasmi, Muzium Telekom sebagai Rakan RPC Rasmi, Hyatt Place Kuala Lumpur sebagai Rakan Hotel Rasmi, 100 PLUS sebagai Rakan Penghidratan Rasmi, serta Rakan-rakan penaja lain seperti Kinder Bueno, Potatoes USA, California Raisins, O’Briens Café, Rexona, Sokong, dan Montigo Malaysia, serta World of Buzz, Lobak Merah, NOODOU, Fly FM, Hot FM, Kool 101 dan Eight FM sebagai Rakan Media Rasmi.

Untuk maklumat lanjut tentang The Music Run, sila layari www.themusicrun.com.my.

Check Also

7,000 Peserta Meriahkan Pos Malaysia Run 2025 di Stadium Merdeka

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 26 November 2025 – Lebih 7,000 peserta membanjiri Stadium …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!