Sony memperkenalkan RX0, kamera kompak ultra yang ringan dan kecil tetapi menjanjikan kualiti foto dan video profesional. Kamera RX0 hanya berukuran 61 × 40.6 × 30.5mm dan berat 110.6 g mudah dibawa ke mana-mana tetapi sarat dengan fungsi-fungsi yang boleh didapati dalam kamera bersaiz biasa.
Imej dihasilkan menggunakan sensor Exmor RS CMOS 15.3-megapixel yang beerukuran 1 inci.dan ISO maksima 12,800. RXO dikuasai oleh processor BIONZ X dan boleh menghasilkan gambar dalam format RAW.
Dengan ciri kalis air sehingga 10 meter, tahan jatuh setinggi 2 meter dan tahan tekanan sehingga 200kgf, ia memang menjadi idaman mereka yang gemarkan aktiviti luar rumah seperti berlari, rock-climbing, berenang dan sebagainya.
Di bahagian hadapan kamera, terdapat sebuah lensa ZEISS Tessar T* 24mm F4 dengan kelajuan pengatup 1/32000 saat. Ia mampu menangkap sebanyak 16 gambar berterusan dalam masa satu saat.
Kelebihan lensa ini adalah imej yang terhasil bebas dari efek “fish-eye” yang biasanya terdapat pada kamera-kamera aksi lain di pasaran.
Dari fungsi video pula, kamera ini boleh merakam video pada resolusi 4K melalui kabel HDMI dan juga storan luaran, manakala pada resolusi 1080p pula, anda boleh merakam video gerak perlahan sehingga 960fps. Ia membolehkan pelari seperti anda merakam gerak larian untuk analisa gait bagi memperbaiki postur ketika berlari.
Kamera Sony ini juga boleh dihubungkankan kepada beberapa kamera RX0 lain untuk menghasilkan projek kreatif seperti bullet-time, time-slice, dan banyak lagi.
Dalam majlis pelancaran yang sama, Sony Malaysia turut melancarkan dua kamera iaitu DSLR RX10IV dan kamera video FDR-AX700.


Rangkaian kamera baru RX0, RX10IV dan AX700 boleh didapati pada penghujung bulan Oktober 2017.
- DSC-RX0 – RM 3,199
- DSC-RX10IV – RM 7,999
- FDR-AX700 – RM 7,299
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.sony.com.my/