Jenama fon telinga Amerika Syarikat, SOL REPUBLIC melancarkan dua fon telinga wayarles khas untuk pengguna aktif iaitu Amps Air dan Relays Sport Wireless. Pelancaran dua model terbaru ini dijangka dapat memperkukuhkan lagi jenama SOL Republic di Malaysia sejak kehadirannya pada tahun 2013.
Produk pertama adalah fon telinga Amps Air™. Ia menampilkan teknologi Bluetooth® wireless keselesaan, mutu bunyi yang mantap dan bergaya.
Amps Air boleh membawakan muzik sehingga tiga jam dengan sekali caj. Ia dilengkapi dengan kotak simpanan yang juga berfungsi sebagai pengecas yang mempunyai bateri 2200mAh dan port USB. Di samping mengecas Amps Air, ia juga boleh digunakan untuk mengecas telefon bimbit.
Amps Air direka dengan bentuk mengikut rongga telinga dan dibalut dengan silikon yang bukan sahaja tampak canggih tetapi memberi keselesaan kepada si pemakai. Rongga-rongga membenarkan aliran udara untuk mengelakkan peluh daripada terperangkap di dalamnya. Dengan ini, fon telinga Amps Air adalah amat sesuai digunakan ketika bersenam kerana ia ringan dan selesa untuk dipakai sepanjang hari.
Fon telinga ini akan dihidupkan secara automatik apabila dikeluarkan daripada kotak simpanan dan akan dimatikan sendiri untuk mengecas apabila ia dimasukkan kembali ke dalam kotak. Pengguna boleh memilih untuk menggunakan satu sahaja fon untuk bunyi mono, satu pilihan yang tepat bagi menikmati muzik dan juga mendengar bunyi persekitaran pada masa yang sama.
Amps Air dijual dengan harga RM 900 dan boleh didapati dalam warna Rose Gold, Rich Teal and Deep Blue.
Produk kedua pula adalah Relays Sport Wireless, satu lagi fon telinga wayarles untuk pengguna yang aktif. Ia menjanjikan main-balik muzik sehingga 8 jam dengan sekali cas, kalis peluh, bunyi HiFi yang mantap serta teknologi pengecasan yang pantas.
Peranti ini direka untuk keselesaan dan tidak mudah tertanggal. Teknologi yang memenangi anugerah, FreeFlex™ membolehkan fon telinga ini dipakai dengan kemas dan padan dengan saiz rongga telinga si pemakai tanpa unjuran atau cangkuk.
Relays Sports Wireless menampilkan bunyi signatur SOL REPUBLIC yang mempunyai bass yang mantap dan bunyi yang jelas untuk menzahirkan semua emosi dari dalam muzik. Ia dijual dengan harga RM 400.00 dan boleh didapati dalam warna Grey, Mint, dan Lime.
Kedua-dua fon telinga ini boleh didapati di kedai RadioShack yang terpilih di seluruh Malaysia dan secara online melalui Lazada.
Untuk maklumat lanjut tentang SOL Republic sila layari https://www.facebook.com/SOLREPUBLIC.my/ atau https://www.solrepublic.com/