
Kuala Lumpur, 7 November 2025 – So Good, jenama susu berasaskan tumbuhan nombor satu dari Australia, meneruskan misinya untuk menjadikan gaya hidup berasaskan tumbuhan lebih mudah diakses, menyeronokkan dan berasaskan komuniti melalui kolaborasi baharu bersama kafe tempatan ONO Specialty Coffee & Matcha, Ocean Ground Coffee dan Weekends Athletics Run Club.
Kolaborasi ini bertujuan untuk mengajak rakyat Malaysia menikmati kesejahteraan melalui pergerakan dan rasa, menerusi sesi larian terbuka dan menu sihat yang dikurasi khas.

“Di So Good, kami percaya bahawa kesejahteraan haruslah lazat dan inklusif,” kata Ashleigh Rothel, Pengurus Jenama Kanan Sanitarium International. “Kami teruja untuk bekerjasama dengan kafe tempatan yang komited mencipta hidangan inovatif menggunakan bahan sihat seperti susu berasaskan tumbuhan So Good. Pada masa yang sama, kami berganding bahu dengan Weekends Athletics untuk menggalakkan rakyat Malaysia bergerak, berhubung dan menikmati kebaikan tumbuhan dalam rutin harian mereka.”
Shaun Liew, Pengasas Bersama ONO Specialty Coffee & Matcha turut berkongsi, “Kerjasama ini selari dengan misi kami untuk menyajikan minuman berkualiti yang memenuhi gaya hidup masa kini. Pilihan berasaskan tumbuhan bukan sahaja menambah rasa, malah memperkayakan pengalaman pelanggan kami.”
Nelson See, Pengasas Weekends Athletics Run Club menambah, “Bersantai sambil menikmati kopi selepas larian Sabtu kami sentiasa menjadi detik yang dinanti. Banyak perbualan dan kenangan tercipta dalam suasana ini. Sesi kopi ini meraikan kesejahteraan, hubungan dan keterangkuman — menyatukan pelari dari pelbagai tahap untuk berkongsi cerita di sebalik setiap langkah.”

Menu Edisi Terhad So Good x ONO
Kolaborasi bersama ONO Specialty Coffee & Matcha menjadi lokasi pertama bagi Kelab Run & Sip oleh So Good. Bermula 7 November hingga 7 Disember 2025, menu khas ini menampilkan dua ciptaan eksklusif menggunakan So Good Almond Barista:
Blueberry Blue Pea Matcha Latte
Dihasilkan dengan So Good Barista Almond, serbuk matcha Ajisai, sirap blueberry, serbuk spirulina biru dan sirap bunga telang.
Matcha Tiramisu
Berasaskan So Good Barista Almond, matcha Yuri dan sirap gula, dilapisi krim lembut yang menggabungkan krim putar, mascarpone, gula dan espresso tanpa kafein.

Run, Sip, Feel So Good
Selepas kolaborasi bersama ONO, So Good dan Weekends Athletics akan meneruskan siri Kelab Run & Sip dengan sesi baharu di Ocean Ground Coffee pada Disember 2025 dan Januari 2026. Terbuka kepada orang ramai, sesi ini menggabungkan larian, rasa dan hubungan komuniti dalam satu pengalaman yang menyegarkan.

Ikuti perkembangan terkini di Instagram melalui @sogoodmalaysia dan layari laman rasmi So Good di https://sanitariuminternational.com/ms/ untuk maklumat lanjut. Pelancaran rasmi kolaborasi ini telah berlangsung di ONO Specialty Coffee & Matcha pada 6 November 2025
