Kurang 50 hari, Temasya Sukan Sea ke-29 bakal bermula di negara kita. Apakah semua atlet-atlet kita sudah bersedia untuk mengharumkan nama negara di arena tuan rumah kita sendiri? Salah satu acara yang menjadi perhatian penggemar larian jarak jauh adalah acara marathon.
Dalam sejarah penganjuran Sukan SEAP yang pertama dalam tahun 1959 di Bangkok sehingga Sukan SEA di Singapura tahun 2015, masih belum ada pelari jarak jauh dari Malaysia yang pernah memenangi acara larian sejauh 42.195km ini.
Berdasarkan prestasinya di Standard Chartered KL Marathon 2016, Muhaizar Mohamad (2:35:55) adalah antara pelari Malaysia yang mempunyai harapan untuk menaiki podium acara marathon lelaki tahun ini; sekurang-kurangnya pingat gangsa. Namun begitu nama-nama atlet yang mewakili negara masih belum diketahui umum lagi. Dengar khabarnya nama dua (2) atlet yang mewakili negara akan diumumkan pada 7 Julai ini. Para atlet acara ini dijangka mendapat saingan yang sengit dari juara bertahan, Soh Rui Yong dari Singapura.
Jom kita lihat pencapaian pemenang-pemenang pingat emas dalam acara marathon Sukan SEA sejak mula penganjurannya dari tahun 1959.
ACARA MARATHON LELAKI
1959 – Tidak dianjurkan
1961 – Tidak dianjurkan
1965 – Thin Sumbwegan BIR, 3:06:20
1967 – Myitung Naw BIR, 2:53:32
1969 – Thin Sumbwegan BIR, 2:31:01
1971 – Hla Then BIR, 2:40:02
1973 – Ko Ko BIR, 2:28:05
1975 – Soe Khin BIR, 2:28:19
1977 – Soe Khin BIR, 2:26:18
1979 – Soe Khin BIR, 2:29:11
1981 – Jimmy de la Torre PHI, 2:25:50
1983 – Soe Khin BIR, 2:32:51
1985 – Ali Sofyan Siregar INA, 2:25:52
1987 – Ali Sofyan Siregar INA, 2:31:58
1989 – Herman Suizo PHI, 2:23:19
1991 – Herman Suizo PHI, 2:22:52
1993 – Naek Sagala INA, 2:24:37
1995 – Suyono INA, 2:21:02† Short course
1997 – Edwardus Nabunome INA, 2:20:27
1999 – Tidak dianjurkan
2001 – Roy Vence PHI, 2:23:51
2003 – Allan Ballester PHI, 2:21:03
2005 – Boonchoo Jandacha THA, 2:29:27
2007 – Yahuza Yahuza IND, 2:23:46
2009 – Eduardo Buenavista PHI, 2:21:10
2011 – Yahuza Yahuza IND, 2:27:45
2013 – Mok Ying Ren SIN, 2:28:36
2015 – Soh Rui Yong SIN, 2:34:56
† – short course
ACARA MARATHON WANITA
1959 – 1981, Tidak dianjurkan
1983 – Kandasamy Jayamani SIN, 3:02:46
1985 – Weik Pan BIR, 2:57:32
1987 – Mar Mar Min BIR, 2:50:51
1989 – Marija Suryati INA, 2:45:43
1991 – Maria Lawalata INA, 2:51:09
1993 – Marija Suryati INA, 2:50:58
1995 – Ruwiyati INA, 2:34:29†
1997 – Ruwiyati INA, 2:46:20
1999 – Tidak dianjurkan
2001 – Christabel Martes PHI, 2:52:43
2003 – Erni Ulatingsih INA, 2:52:28
2005 – Christabel Martes PHI, 2:47:07
2007 – Sunisa Sailomyen THA, 2:43:33
2009 – Jho-An Banayag PHI, 2:46:34
2011 – Triyaningsih IND, 2:45:35
2013 – Pham Thi Binh VIE, 2:45:34
2015 – Natthaya Thanaronnawat THA, 3:03:25
† – short course
Sumber: