
Kuala Lumpur, 27 April 2026 – adidas Malaysia hari ini mengumumkan kerjasama dengan SCORE Marathon 2026 sebagai Official Sportswear Partner, menyokong salah satu acara larian utama negara yang diiktiraf oleh World Athletics. Kerjasama ini menegaskan komitmen adidas terhadap dunia larian, dengan fokus berterusan pada prestasi, inovasi dan pembangunan komuniti pelari di Malaysia.
Bakal berlangsung pada 18–19 Julai 2026 di Dataran Putrajaya, SCORE Marathon dijangka menghimpunkan seramai 50,000 pelari, sekali gus mencatat percubaan Malaysia Book of Records sebagai acara larian terbesar di negara ini. Melalui kerjasama ini, adidas berhasrat memperkukuh keterlibatan dengan pelari serta menginspirasi lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyertai sukan larian.
“Di adidas, ‘You Got This’ mencerminkan keyakinan kami bahawa setiap pelari – tidak kira di mana tahap perjalanan mereka – berhak merasa yakin, disokong dan berdaya untuk melangkah lebih jauh. Sama ada larian pertama 5KM atau memburu catatan peribadi baharu, kami komited untuk berdiri bersama pelari di setiap langkah perkembangan mereka.

Melalui kerjasama dengan SCORE Marathon, kami merealisasikan keyakinan ini dengan mencipta pengalaman bermakna, membuka akses kepada inovasi, dan membina komuniti larian yang lebih kukuh di mana setiap pelari merasa mereka benar-benar berada dalam keluarga ini – dan yang paling penting, mereka got this,” kata Preston Page, Country Manager adidas Malaysia.
Patricia Tan, CEO SCORE Sports Management, turut menyatakan kegembiraan menerima adidas Malaysia sebagai Official Sportswear Partner: “Kerjasama ini mencerminkan aspirasi bersama untuk meningkatkan pengalaman keseluruhan acara sambil menjangkau dan menginspirasi komuniti pelari yang lebih luas di rantau ini.”





Manfaat Eksklusif Untuk Peserta
Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, semua peserta dari kategori 5KM hingga 42KM akan menerima event tee rasmi adidas, manakala peserta 21KM dan 42KM turut diberikan finisher tee eksklusif.
Peserta juga boleh menantikan:
- Klinik Larian
Dari Mei hingga Julai 2026, adidas akan menganjurkan siri klinik larian bersama adidas Runners Kuala Lumpur (ARKL), disokong jurulatih bertauliah, pacer berpengalaman dan pelari elit. Klinik ini direka untuk menyokong pelari semua kategori dengan panduan strategi pace, binaan stamina, persediaan hari perlumbaan dan teknik pemulihan. Selain sesi fizikal, peserta turut mendapat akses kepada sokongan latihan digital, kandungan pakar dan larian komuniti. - Race Entry Pack Collection (REPC)
Pada 16–18 Julai 2026, adidas akan membuka Adizero experiential zone berenergi tinggi, menampilkan siri kasut perlumbaan unggul seperti Adizero Evo SL dan Adizero Adios Pro 4. Zon ini menawarkan pengalaman mencuba produk, penerangan inovasi, booth personalisasi barangan larian, serta konsultasi pakar adidas mengenai persediaan perlumbaan. Selain itu, dua koleksi eksklusif adidas x SCORE Marathon akan dilancarkan di REPC, memberi peserta akses awal kepada rekaan edisi terhad. - Race Village
Sepanjang hujung minggu perlumbaan, adidas akan memperluas kehadiran di Race Village dengan zon Adizero berskala besar, berfungsi sebagai ruang pameran prestasi dan pusat pemulihan. Ia akan menampilkan zon pemulihan pasca larian, sesi foto kenangan bersama medal, serta paparan produk inovasi Adizero.
Komitmen Berterusan
Kerjasama ini menandakan langkah penting dalam komitmen berterusan adidas Malaysia terhadap sukan larian, dengan menyokong platform yang menggalakkan penyertaan, memperkukuh komuniti dan mendefinisikan semula sempadan prestasi larian di rantau ini.
Ikuti perkembangan terkini di Instagram @adidasMY dan dapatkan maklumat lanjut mengenai sesi klinik larian di @scoremarathon.
