Home / Berita Terkini / ‘RUN FOR THE OCEANS’ pertingkat kesedaran pencemaran lautan

‘RUN FOR THE OCEANS’ pertingkat kesedaran pencemaran lautan

FW18 ULTRABOOST PARLEY - Action Shot (04)

Kuala Lumpur, 25 Jun 2018 –  adidas dan Parley for the Oceans hari ini mengumumkan kembalinya Run For The Oceans, sebuah gerakan larian global yang menjana kuasa sukan bagi meningkatkan kesedaran mengenai ancaman pencemaran plastik di lautan, yang dianjurkan atas semangat kesukanan dan tanggungjawab jenama itu.

Menerusi inisiatif sedunia ini, adidas dan Parley menggesa komuniti globalnya dari 8 Jun sehingga 8 Julai agar bertindak melindungi lautan yang kian terancam akibat isu buatan manusia seperti pencemaran, pembaziran dan peningkatan penggunaan. Sejak 2015, adidas dan Parley telah bekerjasama dalam usaha menghalang plastik daripada memasuki lautan kita dengan mengitar semula bahan berkenaan menjadi kasut dan pakaian sukan berprestasi yang dihasilkan daripada Parley Ocean Plastic™.

FW18 ULTRABOOST PARLEY FAMILY (02)

adidas memantapkan lagi inisiatif ini untuk tahun 2018 dengan menyumbang AS$ 1 bagi setiap kilometer larian yang berjaya disempurnakan untuk sejuta kilometer pertama. Sumbangan itu akan digunakan untuk membantu menjayakan program Parley Ocean School, yang diadakan bagi mendidik dan memperkasakan generasi akan datang Ocean Guardians dengan melibatkan mereka dalam aktiviti-aktiviti melindungi alam sekitar. Menerusi program dalam bilik darjah dan aktiviti sukan air anjurannya itu, Parley Oceon School memperkenalkan dunia bawah laut kepada remaja serta mendidik mereka tentang impak pencemaran plastik di lautan disamping memberi kemahiran dan inspirasi yang diperlukan untuk melindungi masa depan mereka melalui pelaksanaan strategi Parley AIR.

FW18 ULTRABOOST PARLEY - Outdoor Shot (02)

Pengasas Parley for the Oceans, Cyrill Gutsch berkata, “Setiap nafas yang kita hela datangnya dari laut. Namun, kita sedang membunuhnya dengan pantas. Kami menganjurkan Run For The Oceans bersama-sama dengan adidas untuk mengajak kita keluar daripada rutin harian, menghela nafas panjang dan mengingati betapa pentingnya lautan kepada kita semua. Dan menunjukkan bagaimana sejuta langkah kecil boleh membawa perubahan besar terhadap gerakan kami.”

Bagi menggalakkan orang ramai menyertai gerakan berkenaan, adidas dan Parley akan menganjurkan beberapa siri acara larian di bandaraya-bandaraya utama di seluruh dunia termasuklah Kuala Lumpur, Los Angeles, New York, Paris, London, Barcelona, Milan dan Shanghai. adidas Running pada masa sama akan menggerakkan rangkaian adidas Runners di peringkat global bagi menganjurkan acara larian mingguan di 50 komuniti adidas Runners di seluruh dunia.

FW18 ULTRABOOST PARLEY - Outdoor Shot (04)

Pengurus Besar Unit Perniagaan Sukan adidas, Andre Maestrini berkata, “Di adidas, kami percaya bahawa sukan mempunyai kuasa untuk mengubah kehidupan dan ia benar-benar dicerminkan oleh gerakan Run For The Oceans. Kami telah mewujudkan sebuah platform global yang unik, dengan memberi peluang kepada semua untuk memberi impak terhadap kehidupan mereka dengan menyertai gerakan larian berkumpulan bagi menentang pencemaran plastik di lautan. Kempen ini menjadi amat berkesan kerana ia berjaya menyatukan keluarga adidas untuk mencapai suatu matlamat bersama.”

Para pelari dari seluruh dunia boleh menyertai dan merekodkan larian mereka di dalam platform digital Runtastic serta membantu usaha  untuk mencapai satu juta kilometer. Mereka juga boleh turut serta dalam usaha menyebarkan mesej mengenai gerakan berkenaan bersama-sama dengan duta adidas yang terdiri daripada atlet berprofil tinggi Shaunae Miller, Tori Bowie dan Wayde Van Niekerk.

FW18 ULTRABOOST PARLEY (05)

Diilhamkan oleh kepentingan memelihara kesejahteraan laut, adidas Running akan memperkenalkan kasut-kasut keluaran terhad UltraBOOST Parley dan UltraBOOST X, yang menggabungkan teknologi berorientasi prestasi serta eko-inovasi progresif. Produk yang berprestasi tinggi dan direka khas untuk para pelari ini membuktikan komitmen adidas dan Parley dalam menangani masalah-masalah utama selangkah demi selangkah. Setiap pasang kasut yang menampilkan tapak tengah BOOST™  berkuasa tinggi dan Parley Ocean Plastic Primeknit bahagian atas itu diperbuat menggunakan bahan plastik kitar semula sekali gus menghalang 11 botol plastik daripada memasuki lautan kita.

FW18 ULTRABOOST PARLEY

FW18 ULTRABOOST PARLEY (03)

Dijual pada harga RM850 sepasang, kasut-kasut berkenaan boleh didapati di adidas.com.my  bermula pada 20 Jun serta di butik-butik berikut bermula pada 27 Jun.

  1. adidas Sports Performance KLCC
  2. adidas Sports Performance Pavilion
  3. adidas Sports Performance The Gardens
  4. adidas Sports Performance Midvalley
  5. adidas Sports Performance IOI City Mall
  6. adidas Sports Performance One Utama
  7. adidas Sports Performance Sunway Pyramid
  8. adidas Sports Performance Sky Avenue

run the ocean adidas parley

Gerakan ini boleh disertai oleh semua yang berada di Malaysia dengan memuat turun aplikasi Runtastic bagi merekodkan setiap larian antara 8 Jun hingga 8 Julai. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Run For The Oceans dan menyertainya, sila kunjungi: adidas.com.my/Parley.

Ikuti perbualan di @adidasrunning dalam:

Instagram: www.instagram.com/adidasrunning
Facebook: www.facebook.com/adidasRunning
Twitter: www.twitter.com/adidasrunning
Facebook adidas Runners KL: www.facebook.com/groups/adidasrunnersKL/
Hashtag: #RunForTheOceans, #adidasParley, #UltraBOOST

Check Also

Bawa Prestasi Larian Anda Ke Tahap Seterusnya Dengan Kasut Plat Karbon BMAI JING TAN FLY

Share this on WhatsApp Sejak pelancarannya pada 2014, BMAI, jenama kasut Cina yang ditransliterasi daripada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!