Kuala Lumpur, 23 Julai 2018 – JBL Concert Run ialah acara larian yang menggabungkan sukan dan muzik, bakal diadakan pada Sabtu, 15 September 2018, bermula dari pukul 7 petang di Sunway Lagoon Surf Beach. Dalam acara ini, para peserta perlu melengkapkan larian 5 kilometer dan kemudiannya berpesta di konsert yang berlangsung di pantai luncur Sunway Lagoon.
Para peserta akan melalui lima stesen hiburan bertema iaitu Rock Stage, Pop Warrior Obstacle, Safari Music Zone, Techno Tunnel, dan Jazz Lazy River. Para peserta perlu melengkapkan setiap cabaran yang telah ditetapkan di stesen-stesen tersebut.
Penyanyi tempatan yang terkenal iaitu Hael Husaini dan Joe Flizzow akan membuat pernampilan di konsert yang akan bermula pada pukul 9 malam. Selain penyanyi tempatan, selebriti Hong Kong, Hubert Wu juga akan membuat penampilan istimewa pada malam itu.
Selain konsert, para peserta yang menyertai JBL Concert Run akan berpeluang untuk mengambil bahagian dalam cabutan hadiah bertuah untuk memenangi sebahagian daripada hadiah bernilai RM 150,000. Menurut jurucakap Hot Gadgets, Jeff Chin, JBL Concert Run adalah satu acara yang dinanti-nantikan.
Kepada ramai yang ingin menyertai JBL Concert Run ini, anda masih boleh membeli pakej “beli 2 percuma 1”, kerana tempoh pendaftaran untuk pakej ini akan dilanjutkan dari 22 Jun 2018 sehingga 30 Jun 2018. Selain itu, pakej individu dan keluarga juga akan dilanjutkan bersama. Setiap peserta akan menerima “door gift” daripada penganjur, termasuk baju berlari jenama Ultron, pingat penamat dan peralatan audio JBL bernilai RM69.90 (untuk kumpulan dewasa) dan RM129 (untuk kumpulan kanak-kanak).
Hot Gadgets Distribution Sdn Bhd adalah pengedar tunggal JBL di Malaysia. JBL Malaysia adalah wakilan Harman International Industries (harman.com), syarikat yang mereka bentuk dan menghasilkan peralatan audio untuk industri pengguna, hiburan dan automotif. Untuk maklumat lanjut tentang JBL Concert Run, sila layari laman web http://www.jblconcertrun.com atau https://www.facebook.com/ JBLCONCERTRUN/.