Home / Artikel Menarik / PUMA Lancar Koleksi SQUID GAME Sempena Tayangan Musim Kedua Siri NETFLIX Paling Popular Ini

PUMA Lancar Koleksi SQUID GAME Sempena Tayangan Musim Kedua Siri NETFLIX Paling Popular Ini

PUMA meraikan ketibaan musim kedua Squid Game dengan kolaborasi yang menampilkan pakaian, kasut, dan aksesori yang diinspirasi dari siri Netflix pemenang anugerah tersebut. Pakaian seragam Squid Game diberi sentuhan nafas baharu dengan baju trek T7, yang bakal dipakai oleh para peserta dalam musim kedua. Diilhamkan oleh babak, watak, dan momen dari dunia Squid Game, kolaborasi ini juga merangkumi versi edisi terhad kasut Suede dan Easy Rider yang sarat dengan kejutan tersembunyi dan diilhamkan oleh siri Netflix tersebut.

Jaket Trek T7 dan Seluar Trek T7 ikonik ini dioleh semula dengan corak yang diilhamkan oleh motif tangga, dengan logo PUMA tersembunyi. Menyerupai pakaian seragam hijau teal yang dipakai oleh para peserta dalam pertandingan kalah mati itu, pakaian velour ini dilengkapi dengan tag gantung khusus dan label jenama bersama di bahagian dada. Corak cetakan yang sama juga diterapkan pada beg galas dan topi yang menampilkan arca Young-hee, patung menakutkan dalam Squid Game. Hoodie menampilkan kemasan distres dan T-Shirt grafik yang menggambarkan babak permainan Squid Game dari musim pertama dan kedua.

Kolaborasi ini menampilkan kasut Easy Rider yang diilhamkan oleh salah satu momen paling viral dalam Squid Game; permainan maut ‘red light, green light.’ Apabila digores, panel hijau akan mendedahkan warna merah di bawahnya. Hologram pada tumit kasut bertukar dari merah ke hijau, sementara tag gantung patung Young-hee melengkapkan kasut kolaboratif ini. Squid Game Suede mengetengahkan tema daripada tangga-tangga ikonik dalam siri ini, dengan sentuhan warna terang dan lapisan zig-zag.

Cabaran Dalgona di Sunway Pyramid dan Menang Barangan Eksklusif Squid Game!

Bersedia untuk meneroka dunia Squid Game yang mendebarkan! Dari 19 hingga 29 Disember 2024, PUMA bakal membawa program aktivasi PUMA x Squid Game di Sunway Pyramid, LG2 Orange Wing. Rebutlah peluang untuk menjadi pemain Suid Game dalam cabaran permainan Dalgona bersama rakan dan keluarga anda untuk memenangi rantai kunci patung Young-hee Squid Game rasmi – koleksi wajid ada bagi peminat siri ini! Saksikan juga koleksi PUMA x Squid Game yang bakal dipamerkan di sana kelak!

Hadiah Dengan Pembelian (GWP) Eksklusif Selagi Stok Masih Ada!

Sebagai alternatif, pelanggan yang membeli mana-mana kasut dari koleksi PUMA x Squid Game juga berpeluang menerima rantai kunci patung Young-hee secara percuma, eksklusif di kedai PUMA terpilih. Rantai kunci ini hanya tersedia selagi stok masih ada.

Koleksi PUMA x Netflix Squid Game boleh didapati sempena pelancaran Squid Game Musim Kedua pada 12 Disember 2024, dengan harga antara RM189 – RM549 di PUMA.com dan kedai PUMA terpilih.

Check Also

Acara Ikonik MILO® Malaysia Breakfast Day Kembali Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-75 MILO® di Malaysia

Share this on WhatsApp MILO® dengan bangganya mengumumkan kembalian MILO® Malaysia Breakfast Day (MBD) yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!