
Sebagai penaja emas bagi acara Yayasan TM International Tower Run 2019, USA Potatoes telah membekal makanan dan minuman yang diperbuat daripada kentang kepada para peserta sebelum dan selepas mereka mengambil cabaran mendaki 1,296 anak tangga ke tingkat 54 Menara TM pada 10 November lepas.

Acara Yayasan TM International Tower Run 2019 yang julung-julung kalinya diadakan ini menerima penyertaan lebih 1,300 peserta, bukan sahaja dari Malaysia malah dari luar negara seperti Australia, Bosnia and Herzegovina, China, Denmark, France, Germany, India, Indonesia, Japan, Kenya, Nepal, Philippines, Poland, Portugal, Singapore, South Africa, Taiwan, Ukraine, United Kingdom dan USA.

Para peserta dapat mencuba kentang lecek yang dihidangkan panas-panas dari gerai Potatoes USA di perkarangan Menara TM. Di samping itu juga, minuman smoothies kentang berperisa blueberry turut disediakan.

Penajaan Yayasan TM International Tower Run 2019 juga selaras dengan kempen “Real Food, Real Performance 2019” yang membawa pesanan pentingnya nutrisi daripada makanan sebenar kepada atlet-atlet.

Walaupun bersaiz kecil, kentang membekalkan khasiat pemakanan yang besar! Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan makanan akan menentukan tahap prestasi seseorang atlet. Kentang membekalkan karbohidrat kompleks, kalium, serat dan vitamin C yang diperlukan untuk meningkatkan prestasi. Membekalkan lebih tenaga berbanding sayur-sayuran popular lain, kentang mengandungi lebih banyak kalium berbanding pisang.

Kentang A.S. diminati ramai kerana mutunya yang tinggi. Ini kerana suhu penanaman yang ideal, tanah yang subur, pemprosesan terkini dan kepakaran yang diwarisi sejak turun-temurun. Semua faktor ini menjadikan kentang A.S. antara kentang yang terbaik dunia. Tambahan lagi, piawaian ketat industri yang memenuhi semua spesifkasi Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S., memastikan Kentang AS selamat dan bermutu tinggi.

Dalam acara tersebut, pelari Soh Wai Ching telah muncul juara dengan rekod 6 minit 9 saat dan seterusnya mendapat kedudukan di No. 1 Dunia dan Asia dalam ranking Tower Runnering.

Yayasan TM berjaya mengumpul dana berjumlah RM140,000 yang disumbangkan daripada yuran peserta, penajaan korporat setra sumbangan orang ramai. Dana yang terkumpul disalurkan untuk pelajar-pelajar kurang berkemampuan untuk meneruskan pendidikan mereka ke peringkat lebih tinggi.