Home / Berita Terkini / Dapatkan Diskaun 20% di JOMRUN dengan Transaksi BOOST

Dapatkan Diskaun 20% di JOMRUN dengan Transaksi BOOST

Kuala Lumpur, 8 Disember 2019 – Konsep urus niaga tanpa tunai dan amalan gaya hidup sihat telah menjadi trend yang semakin popular dalam kalangan masyarakat Malaysia pada hari ini.

Justeru daripada itu, Boost, sebuah aplikasi e-wallet yang dimiliki oleh Axiata serta JomRun, aplikasi sukan nombor 1 di Malaysia telah bekerjasama untuk menggalakkan orang ramai supaya menyertai acara larian yang dianjurkan di Malaysia.

Unicorn 5km Fun Run – siri larian yang paling menadapat sambutan anjuran JomRun

Menurut pengasas aplikasi JomRun, Yi Hern, beliau percaya bahawa dengan kerjasama yang dibuat bersama dengan syarikat aplikasi e-wallet yang termahsyur di Malaysia ini, ianya dapat dimanfaatkan oleh orang ramai khususnya golongan B40 supaya lebih cenderung ke arah amalan gaya hidup sihat terutamanya dalam acara-acara larian.

“Dengan terjalinnya kerjasama ini, saya berharap agar harga tiket yang berpatutan untuk acara-acara larian dapat memberi manfaat kepada orang ramai terutamanya kepada golongan B40 di samping dapat mempromosikan acara larian untuk dijadikan sebagai salah satu rutin amalan gaya hidup sihat di Malaysia,” katanya.

JomRun berkerjasama dengan KBS untuk menganjurkan Fit Malaysia di Bulan Sukan Negara pada Oktober lalu.

Memperkasakan Platform Digital Dan Pembelian Tiket Untuk Kawasan Luar Bandar

Menurutnya lagi, hasil daripada kerjasama ini juga dapat membawa masyarakat ke arah dunia digital yang lebih mudah serta efisien.

“Sebelum JomRun melebarkan sayap ke beberapa tempat antaranya Sabah, hanya kira-kira 10% acara larian yang terdapat di Sabah sahaja yang menggunakan platform pembelian tiket atas talian. Kebanyakan acara larian yang lain masih lagi menggunakan sistem pembelian dan pendaftaran secara manual.”

“Selepas tidak kurang dalam tempoh setahun aplikasi JomRun dilancarkan di Sabah, sebanyak lebih 70% acara-acara larian memilih aplikasi JomRun sebagai medium untuk pembelian tiket dicatatkan.”

“Kami percaya bahawa dengan kejayaan medium pembayaran serta pendaftaran yang ditunjukkan ini, kami dapat menggalakkan pihak penganjur bagi acara-acara larian yang terdapat di seluruh Malaysia untuk bekerjasama dengan pihak kami,” ujarnya.

Xing Fu Tang 幸福堂 berkolaborasi dengan JomRun di Johor Bahru

Inisiatif Yang Mesra Alam

JomRun juga berharap agar dengan medium pembayaran dan pendaftaran yang di digitalkan ini, ianya mampu mengurangkan pembaziran sumber alam seperti kertas yang lazimnya digunakan untuk membuat borang pendaftaran dan tiket.

“Katakanlah sehelai kertas perlu digunakan untuk membuat borang pendaftaran, kalau 5,000 peserta yang menyertai acara sesebuah larian itu, kira-kira 25kg kertas juga yang akan dibazirkan. Justeru, medium ini bukan sahaja memudahkan orang ramai, malah ianya boleh mengelakkan pembaziran kertas yang tak diperlukan dalam sesebuah acara itu,” tambahnya lagi.

Kerjasama diantara JomRun dan Boost yang telah termetarai beberapa bulan lalu ini dilakukan bagi memenuhi kehendak pengguna yang sudah semakin ramai menggunakan aplikasi JomRun ini untuk menyertai acara-acara larian.

Diskaun Sebanyak 20% Untuk Setiap Pembelian Tiket Pada 8-12 Disember ini

Kerjasama ini juga dilakukan untuk memberi manfaat kepada pengguna antaranya ialah diskaun sebanyak 20% dalam setiap pembelian tiket acara larian dari aplikasi JomRun dan juga RM 1,000 cashback kepada 12 orang pengguna yang bertuah.

Tawaran ini akan bermula pada 8 Disember dan bakal berakhir pada 12 Disember 2019 ini, pengguna aplikasi JomRun bakal berpeluang untuk mendapat cashback semasa membuat pembelian tiket dalam aplikasi JomRun menerusi pembayaran yang dibuat melalui Boost.

JomRun yang telah diasaskan pada Disember 2017 dan telah pun berkembang maju sehingga menjadi aplikasi sukan yang paling popular di Malaysia ini berhasrat agar gaya hidup sihat dalam masyarakat ini akan terus dijadikan amalan oleh masyarakat Malaysia

Justeru daripada itu, dengan kerjasama yang dilakukan oleh Boost dan JomRun ini, ianya diharap agar dapat memudahkan orang ramai untuk menyertai acara-acara larian di samping dapat memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Check Also

Bawa Prestasi Larian Anda Ke Tahap Seterusnya Dengan Kasut Plat Karbon BMAI JING TAN FLY

Share this on WhatsApp Sejak pelancarannya pada 2014, BMAI, jenama kasut Cina yang ditransliterasi daripada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!