Home / Berita Terkini / PJ HALF MARATHON kembali Lagi Untuk Edisi yang ke-28

PJ HALF MARATHON kembali Lagi Untuk Edisi yang ke-28

PJ Half Marathon

 Petaling Jaya, 03 Ogos, 2016: Acara larian terulung di Petaling Jaya, PJ Half Marathon kembali lagi untuk edisi yang ke 28.Sebanyak empat (4) kategori akan dipertandingkan pada kali ini iaitu larian 21km Terbuka, 10km Terbuka, 7km untuk pelajar sekolah serta 3km Fun Run.

Untuk edisi yang ke 28 ini, penganjuran kali ini diadakan bersempena sambutan Ulang Tahun ke 10 Bandar Raya Petaling Jaya dengan lokasi pelepasan dan penamat masih di Laman MBPJ (Dataran Boulevard) Seksyen 52, Petaling Jaya. Pelepasan bagi acara yang pertama iaitu larian 21km akan bermula pada jam 05.00pagi diikuti dengan 10km jam 05.30pagi, 7km jam 06.30pagi manakala 3km fun run pada jam 07.00pagi.

Masih bertemakan “Run Because You Can” dijangkakan sekitar 5000 peserta akan mengambil bahagian dalam edisi tahun ini yang akan diserikan dengan kehadiran burung ‘Ostrich’ yang akan dibawa pada edisi kali ini. Kebanyakan peserta terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat yang tinggal di sekitar Petaling Jaya dan Lembah Klang. Pendaftaran masih boleh dilakukan secara atas talian melalui laman web: www.myraceonline.com sehingga 7hb Ogos 2016.

Antara jalan-jalan utama yang terlibat dalam acara ini ialah Jalan Gasing, Jalan Klang Lama, Jalan Templer, Jalan Universiti serta Jalan Sultan. Pihak polis Daerah Petaling Jaya akan membuat kawalan trafik secara berperingkat bermula jam 04.00pagi di jalan-jalan terlibat.

Seramai kira-kira 90 orang polis trafik serta 50 orang pegawai penguatkuasa MBPJ akan ditugaskan untuk mengawal lalulintas bagi menjamin kelancaran serta keselamatan PJ Half Marathon untuk semua samada peserta mahupun orang awam.

Pihak penganjur menyarankan kepada semua peserta untuk meletakkan kenderaan disekitar kawasan letak kereta yang terdapat berhampiran PJ State serta tidak meletakkannya di bahu-bahu jalan agar tidak mengganggu lalulintas pada hari acara berlangsung.

PJ Half Marathon untuk kali ini dianjurkan bersama oleh Persatuan Olahraga PARA Selangor (POPS) dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) serta diuruskan oleh pihak Puncak Ventures SRA Sdn Bhd. Beberapa organisasi swasta turut serta dalam menaja acara ini, antaranya; minuman isotonik 100Plus, jenama pakaian Ultron, pengedar jam Soleus, serta beberapa pembekal sokongan antaranya Running Lab, Tropicana City Mall, Phiten & Kopiko.

Untuk maklumalt lanjut, sila layari www.pj-halfmarathon.com

 

Check Also

SHOKZ Lancar Fon Kepala OPENRUN PRO2 dengan Teknologi DualPitch™

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, Malaysia, 23 September 2024 – Jenama elektronik pengguna terkemuka …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!