Home / Grid Featured Post / Jom Kita Masak: Kek Coklat Mousse oleh Karmen Lu (Masterchef Australia S8)

Jom Kita Masak: Kek Coklat Mousse oleh Karmen Lu (Masterchef Australia S8)

Masterchef_Karmen_Lu_004

Siapa suka makan kek cokelat? Sedap dan memberi tenaga, kek cokelat memang sesuai dimakan untuk tujuan pemulihan (recovery) pasca perlumbaan lari jarak jauh. Mengikut laporan University of Cambridge, memakan cokelat hitam (dark chocolate) boleh mengurangkan kadar penyakit strok, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung kerana ia kaya dengan antioksidan yang dipanggil flavonols.

Anda boleh membuat sendiri kek cokelat di rumah. Dikongsikan di sini adalah resepi kek coklat mouuse yang amat mudah disediakan oleh Karmen Lu. Karmen yang juga dikenali sebagai Ratu Manisan (Queen of Desserts) adalah salah satu perserta dalam siri pertandingan memasak yang terkenal, Masterchef Australa (S8) yang tiba ke Malaysia untuk lawatan promosi baru-baru ini.

Jom kita masak.

Ramuan:
Brownie
125g mentega tanpa garam
125g Cokelat hitam (50-60%)
125g gula perang
2 biji telur
50g Tepung almond
¼ sude the serbuk penaik
40g serbuk koko
Secubit garam

Jaffa Mousse

500g Coklat hitam (40%)
1 tangkai vanilla diambil bijinya
500g Krim
1 parutan kulit luar oren (orange zest)

Hiasan
50g Almond panggang
Hirisan oren

Masterchef_Karmen_Lu_003

Langkah Membuat Brownie:

  1. Hangatkan oven ke 160C
  2. Cairkan mentega dan cokelat hitem di dalam ketuhar gelombang micro.
  3. Aduk gula dan telur sehingga sebati
  4. Ayak bersama tepung almond, serbuk penaik dan serbuk koko.
  5. Sebatikan campuran tepung dan campuran telur dan kemudian, masukkan campuran cokelat.
  6. Tuangkan ke dalam tin pembakar berukuran 25cm x 25cm dan bakar sehingga masak. Biarkan ia sejuk.

Langkah membuat Jaffa Mousse

  1. Cairkan cokelat bersama biji vanilla di dalam mangkuk yang diletakkan di atas periuk yang mengandungi air mendidih. Biarkan sejuk.
  2. Pukul krim sehingga kembang.
  3. Campurkan cokelat dan zest oren ke dalam krim sehingga sebati.
  4. Sapukan mousse di atas brownie dan sejukkan di dalam peti ais.
  5. Hiaskan dengan almond panggang dan hirisan oren.

Masterchef_Karmen_Lu_002

Karmen Lu yang berasal dari Australia Barat adalah peserta dalam pertandingan memasak Masterchef Australia Musim 8.

Kembali untuk musim ke-8, MasterChef Australia tahun ini bakal membawa yang terbaik dan menggabungkannya dengan lebih ramai tukang masak jemputan antarabangsa yang terkemuka, bakat baharu yang menyerlah dan cabaran menarik untuk menjadikan siri ini benar-benar mengagumkan.

Saksikan Masterchef Australia pada hari kerja jam, 8 malam di saluran Lifetime (Astro 709)

Laman Web: www.lifetimeasia.com
Facebook:  LifetimeAsia
Twitter: @LifetimeAsia

Check Also

SHOKZ Lancar Fon Kepala OPENRUN PRO2 dengan Teknologi DualPitch™

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, Malaysia, 23 September 2024 – Jenama elektronik pengguna terkemuka …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!