Sepuluh tahun selepas memecahkan Guinness World Record untuk pelari marathon terpantas sambil menjugel tiga objek dengan catatan masa 2 jam 50 minit, pelari Michal “The Joggler” Kapral kembali lagi untuk mencipta rekod baru – kali ini dengan menjugel lima objek di Scotiabank Toronto Waterfront Marathon pada Oktober 22 nanti.
Sebelum ini, Michal, 45, seorang penulis di Health Quality Ontario di Toronto, Canada telah menamatkan lapan marathon sambil “joggling”– satu istilah kombinasi jogging dan juggling – termasuk Chicago Marathon 2016, di mana beliau menamatkan jarak 42.195km tanpa menjatuhkan bola dalam masa 2 jam 55 minit.
“Ini adalah percubaan rekod dunia yang paling sukar yang pernah dilakukannya,” kata Michal yang juga memegang rekod dunia untuk half-marathon terpantas (1:20:40) dan 10K (36:27) sambil menjugel tiga objek, dan pernah memegang rekod marathon terpantas sambil menolak kereta sorong kanak-kanak (stroller).
“Menjugel lima bola adalah 10 kali lebih sukar daripada tiga. Ia adalah umpama berlari dua marathon sekali gus, satu dengan kaki dan satu lagi dengan tangan.”
Di samping mejugel lima bola, Michal juga akan mengunyah gula-gula getah sepanjang marathon.
Michal akan mengumpul dana bagi SickKids Foundation dalam percubaannya mencipta rekod dunia tersebut. Dana yang dikumpulkan adlalah untuk membantu pesakit-pesakit di Hospital for Sick Children, Toronto, di mana Michal pernah menerima rawatan untuk penyakit Lelah semasa kecil dan juga tempat anaknya, Annika menerima rawatan untuk penyakit jantung semasa dia dilahirkan. Segala derma boleh dihulurkan melalui pautan: https://www.sickkidsdonations.com/registrant/FundraisingPage.aspx?registrationID=3952455&langPref=en-CA.
Ikuti perkongsian Michal berjoggling di blog kepunyaanya, The Bloggling Joggler, di http://www.thejoggler.blogspot.com.
Artikel asal dan gambar ihsan Mical Kapral
#jomkitalari