Petaling Jaya, 7 Oktober 2017 – Hantu, jembalang, Pontianak, zombie dan banyak lagi makhluk-makhluk yang menyeramkan telah menjelmakan diri di khalayak ramai dalam acara larian The Night of the Undead Run.
Acara larian berhalangan ini dianjurkan oleh taman tema Sunway Lagoon sebagai acara permulaan kepada Nights of Fright 5 (NOF 5) yang sedang berlangsung sepanjang bulan Oktober ini.
Dalam acara larian sejauh 2.9km ini, para peserta harus melalui lima halangan atau cabaran yang menyeramkan dan berpeluang untuk melawati rumah-rumah hantu yang disediakan khas untuk acara tahunan Nights of Fright 5 (NOF 5) di Sunway Lagoon.
Antara selebriti yang turut hadir di malam pelancaran Nights of Fright 5 (NOF 5) adalah model, Amber Chia.
Pelakon Sasha Saidin juga tidak melepaskan peluang untuk menakutkan para pengunjung Sunway Lagoon pada malam itu dengan berpakaian Hantu Pengantin
Antara rumah-rumah hantu yang akan pasti meremangkan bulu roma adalah The Island of the Dolls, Pontianak vs Pocong, The Ghostbusters Adventure LIVE!, Zombie Apocalypse, Horrorwood Studios dan banyak lagi. Nights of Fright 5 (NOF 5) akan menhantui Sunway Lagoon setiap Jumaat sehingga Ahad mulai jam 7:30petang sehingga 11:30pm malam sepanjang bulan Oktober 2017.
Harga tiket adalah RM64 seorang. Terdapat 8 buah rumah hantu, 5 kawasan menakutkan, 11 permainan dan banyak lagi dalam Night Of Fright 5 sedang menanti anda!
Untuk maklumat lanjut, sila layari sunwaylagoon.com atau fb.com/SunwayLagoonMalaysia.