Home / Berita Terkini / Pelari Kenya Pecah Rekod Dunia 5K, 15K, 20K & Half Marathon dalam Satu Larian

Pelari Kenya Pecah Rekod Dunia 5K, 15K, 20K & Half Marathon dalam Satu Larian

pelari kenya Joyciline Jepkosgei

Repubik Czech, 1 April, Pelari Kenya, Joyciline Jepkosgei bertindak secara agresif dalam acara Prague Half-Marathon di Republik Czech hari ini dan memecahkan empat rekot dunia sekali gus. Pelari yang berusia 23 tahun ini memecut dari awal lagi dan memecahkan rekod dunia 10K, 15K dan 20K sebelum menjadi wanita pertama yang menamatkan larian sub-65:00 dalah acara half-marathon. Beliau menjuarai Prague Half dengan catatan masa 1:04:52.

Sebelum ini, rekod half marathon wanita dipcipta oleh pelari Kenya, Peres Jepchirchir, dengan masa 65:06 di Ottawa di bulan Februari. FloTrack melaporkan Jepkosgei membawa pulang hadiah berjumlah Euro 100,000 dalam prestasi yang cemerlang memecahkan empat rekod dunia dalam perlumbaan yang sama.

Jepkosgei melepasi 10K dalam masa 30:05 (rekod terbaik sebelumnya – 30:21 oleh Paula Radcliffe), 15K dalam masa 45:37 dan 20K dalam masa 1:01:25. Rekod masa 1:04:52 dalam half-marathon dicapainya dengan pace kira-kira 3:04 per kilometre.


Sumber: Running Canada

Check Also

Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2020 Dibatalkan!

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 7 April 2020 – Penganjur Kuala Lumpur Standard Chartered …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!