Kuching, 2 April 2017- Hari Sarapan Terbesar MILO® kembali ke Kuching buat tahun ketiga berturut-turut. Acara yang diadakan di Pustaka Negeri Sarawak, Kuching ini disertai oleh lebih 6,000 peserta yang menikmati sarapan berkhasiat, beserta pelbagai aktiviti menarik yang bertujuan mendidik ibu bapa tentang kepentingan sarapan, dan fungsinya dalam memenuhi kehendak tenaga harian yang diperlukan oleh kanak-kanak.
Bermula dengan MILO® Malaysia Breakfast Run sejauh 3km, para peserta dan keluarga mereka disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk sesi tarian Zumba, demonstrasi masakan, dan treasure hunt, selain dari sarapan berkhasiat yang disediakan. Cik Philomena Tan, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan MILO®, Yang Berbahagia Datuk Haji Abang Abdul Wahap Haji Abang July, Datuk Bandar Kuching Utara, dan Yang Berusaha Pn Arpah Hj. Adenan, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perpustakaan Negeri Sarawak telah merasmikan acara tersebut.
“Bermula sejak tahun 2013, Hari Sarapan Terbesar MILO® masih lagi merupakan salah satu acara sarapan negara yang dinanti-nantikan. Kami gembira dapat kembali ke Kuching untuk kali ketiga, sambil terus mendekati keluarga di seluruh negara, memperjuangkan kepentingan sarapan pagi yang sihat dan dipadankan dengan MILO®, yang membantu untuk melepaskan tenaga daripada makanan dengan lebih efisien, kata Tan.
“MILO® merupakan penyokong dan pemboleh yang hebat dalam menggalakkan individu dan keluarga menjalani hidup dengan lebih sihat. Acara tahunan Hari Sarapan Terbesar MILO® adalah sebahagian dari komitmen Nestlé’s terhadap usaha kami dalam meningkatkan kualiti hidup, dan menyumbang kepada masa depan yang lebih sihat buat semua,” tambah Tan.
Kempen tahun ini bertujuan mendidik ibu bapa tentang keperluan tenaga harian sebenar yang diperlukan oleh kanak-kanak, yang lebih dari apa yang dijangkakan selama ini. Satu kajian dalaman menunjukkan seorang kanak-kanak menggunakan tenaga sehingga 1,500 kcal pada hari persekolahan biasa, sama banyak dengan tenaga yang diperlukan untuk mendaki gunung, berenang 50 pusingan di kolam renang, atau berlari separuh maraton.
Sarapan yang seimbang membantu memberikan tenaga harian yang diperlukan oleh
kanak-kanak, tetapi apa yang lebih penting ialah memastikan tenaga dari makanan yang diambil dilepaskan dengan berkesan.
“Kanak-kanak akan memanafaatkan hari mereka dengan sepenuhnya apabila mereka makan sarapan berkhasiat bersama secawan MILO®, yang memberikan mereka tenaga untuk berfungsi pada tahap terbaik, baik dari segi mental mahupun fizikal. MILO® mengandungi kalsium, Activ-Go™, satu kombinasi unik PROTOMALT® dan mikronutrien penting – vitamin dan mineral – yang membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh,” tambah Lim Chain Yin, pakar Pemakanan dari Nestlé Malaysia.
Hari Sarapan Terbesar MILO® adalah sebahagian daripada inisiatif MILO® untuk memupuk tabiat pemakanan sarapan sihat di kalangan rakyat Malaysia, dan telah masuk ke tahun kelima ia diadakan. Acara di Kuching tahun ini menyaksikan pebagai aktiviti menarik dan menggembirakan untuk seisi keluarga seperti permainan papan bersaiz besar, permainan pesta, tarian buluh, cabutan bertuah, chapteh tradisional, dan banyak lagi. Selain daripada itu, terdapat banyak acara lain yang disediakan sebagai hiburan termasuk persembahan gendang dan tarian Zumba.
Kuching merupakan bandar ketiga yang menjadi tuan rumah untuk Hari Sarapan Terbesar MILO® tahun ini. Tahun lalu menyaksikan penyertaan kira-kira 5,000 peserta.
Untuk minggu–minggu yang akan datang, Hari Sarapan Terbesar MILO® akan diadakan di bandar bandar berikut:
Untuk maklumat tentang kempen Hari Sarapan Terbesar MILO® Malaysia dan cara-cara untuk mengambil bahagian dalam acara Hari Sarapan Terbesar MILO®, sila lawat www.milo.com.my.