Kuala Lumpur, 9 Mei 2017 – Pavilion KL, destinasi membeli-belah mewah Malaysia hari ini menampilkan inisiatif “Heroes At Heart”, untuk meraikan kejayaan rakyat Malaysia dalam mengharumkan nama negara dalam pelbagai lapangan.
Dalam satu majlis yang meriah pagi ini, Pavilion KL telah menghadiahkan Pavilion Experience bernilai RM20,000 kepada Qobin Mokhtarrudim, Shahrom Abdullah and Muhammad Irwan Yusoff Abdullah untuk meraikan kejayaan mereka dalam menamatkan ekspedisi meluncur salji sejauh 111- kilometer di Kutub Utara bersama Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B).
Majlis dimulakan dengan tayangan video yang menyentuh perasaan tentang kecekalan dan kejayaan Qobin, Shahrom dan Muhammad Irwan di dalam ekspedisi tersebut di paparan LED yang terbesar di Bukit Bintang. Diiringi tepukan gemuruh daripada para hadirin, ketiga-tiga penjelajah dijemput ke atas pentas untuk menerima ganjaran berjumlah RM20,000 yang terdiri daripada baucar membeli-belah di Fashion Avenue, Pavilion KL dan wang tunai.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pavilion-kl.com atau dapatkan kemaskini di laman Facebook Pavilion Kuala Lumpur http://www.facebook.com/PavilionKL, Twitter di @Pavilion_KL, Instagram di @PavilionKualaLumpur atau LINE @PavilionKL.