Home / Berita Terkini / NIVEA anjur NIVEA Care Run 5K

NIVEA anjur NIVEA Care Run 5K

NIVEA CARE RUN Logo_High res

Petaling Jaya, 7 September 2017 –Kulit bawah lengan adalah bahagian yang sensitif dan mencabut bulu pada bahagian tersebut akan menyebabkan bulu tumbuh ke dalam kulit dan pembesaran pori-pori pada kulit bawah lengan anda. Kaedah alternatif juga tidak sempurna, apabila anda mencukur bulu tekanan bilah pada kulit yang tidak rata pula akan mengakibatkan luka-luka kecil . Di samping itu, serpihan yang disingkirkan semasa mencukur juga mengandungi sebanyak 36% kulit!

Pembuangan bulu bawah lengan boleh merosakkan kulit dan sering menjadi punca kerengsaan pada kulit bawah lengan. Oleh itu, NIVEA memperkenalkan NIVEA Protect & Care, deodoran yang diperkayakan dengan esen NIVEA crème, warisan krim kecantikan yang berkualiti dengan formulasi penjagaan tersendiri dan haruman yang lembut. Deodoran Protect & Care NIVEA memberikan kulit anda perlindungan yang berpanjangan sehingga 48 jam memberikan anda kesegaran sepanjang hari, formula inovatifnya yang lembut juga menyuburkan dan memberikan anda bawah lengan yang lembut dan licin.

“Di NIVEA, kami percaya bahawa penjagaan kulit dapat melindungi dan menjaga kulit pada seluruh badan anda termasuk bahagian bawah lengan. Dalam kehidupan seharian yang sibuk, kita sering mengabaikan perkara yang kecil seperti kerosakan kulit yang disebabkan oleh mencukur dan mencabut bulu bawah lengan. Bahagian bawah lengan kita memerlukan penjagaan yang lebih teliti, oleh itu deodoran Protect & Care NIVEA menawarkan perlindungan dan penjagaan yang terdapat dalam semua produk NIVEA, bagi memenuhi keperluan kita pada kulit bawah lengan,” kata Ng Hock Guan Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura.

NIVEA Protect & Care_KV

Selari dengan nilai penjagaan teras NIVEA, deodorant Protect & Care NIVEA akan menganjurkan NIVEA Care Run pada 29 Oktober 2017 (Ahad). Acara larian sejauh 5 kilometer yang bakal berlangsung di Presint 6 Putrajaya ini turut menampilkan aktiviti berbentuk pendidikan untuk meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kulit bawah lengan. Pek hadiah eksklusif NIVEA Protect & Care yang terdapat dalam kit larian membolehkan para peserta berkongsi cara-cara penjagaan bawah lengan dengan rakan-rakan dan keluarga mereka. Mereka juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dalam cabutan bertuah yang akan diadakan pada hari yang sama.

Selain itu, sebahagian daripada yuran penyertaan yang diperolehi melalui acara larian ini akan didermakan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG), sebuah badan amal yang mengutip dan mengagihkan dana untuk rakyat Malaysia yang memerlukan. Dengan sasaran untuk mencapai 3,000 peserta, setiap peserta larian secara tidak langsung akan memberi sumbangan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan dari segi pendidikan dan kesihatan.

Acara ini akan turut disertai oleh selebriti terkenal seperti Siti Saleha, Nadia Heng dan Fiqrie yang akan bertemu, beramah mesra dan memberi sokongan kepada para peserta di acara larian ini.

NIVEA Protect & Care Run

Ini adalah peluang anda untuk menyertai acara yang berseronok ini, disamping menyumbang kepada golongan yang memerlukan! Daftarkan diri anda di laman web www.niveacarerun.com.my. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM65 seorang dan setiap peserta akan menerima kit larian dan barangan NIVEA bernilai lebih daripada RM100.

Deodoran Protect & Care NIVEA roll-on 50ml dan Deodoran NIVEA Protect & Care Spray 150ml masing-masing dijual pada harga RM17.50 dan RM11.30 di semua kedai dan farmasi pasar raya dan pasar raya hiper seluruh negara. Layari www.facebook.com/mynivea untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk NIVEA.

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!