Menyusuli kejayaan tudung Nike Pro Hijab, Nike bakal melancarkan koleksi renang pertama, iaitu The Nike Victory Swim Collection yang disasarkan kepada golongan Muslimah.
Koleksi patuh Syariah ini menampilkan Nike Victory Full-Coverage Swimsuit (Sut Renang Penuh), dan pilihan berasingan seperti Nike Victory Swim Hijab, Nike Victory Swim Tunic Top dan Nike Victory Swim Leggings khusus untuk sukan air. Inovasi yang dibawakan oleh Nike membolehkan para atlet meningkatkan prestasi mereka dengan pakaian yang sopan dan selesa di dalam air.
Nike Victory Full-Coverage Swimsuit dan Nike Victory Swim Tunic Top nemampilkan bra sukan dalaman (built-in) dengan sports bra yang mempunyai liang-liang kecil. Nike Leggings Swim Leggings menampilkan siluet yang sederhana namun membolehkan pemakaian yang selesa dan lasak tanpa melekat ke kulit ketika basah.
The Swim Hijab mempunyai mesh pocket bersepadu yang dapat mengekalkan kedudukan rambut ketika dalam pergerakan di dalam air. Jadi, si pemakai tidap perlu gusar akan masalah rambut terkeluar dari tudung ketika berenang.
The Nike Victory Swim Collection bakal di pasarakan di Malaysia mulai 1 Februari 2020.
Trivia: Kempen koleksi renang Nike ini menampilkan empat model wanita Muslim dari serata dunia dan salah satunya adalah dari Malaysia iaitu Arinna Erin Wira, seorang graduan di Brunel University London dalam jurusan Masters of Science in Business Intelligence and Social Media.