Home / Berita Terkini / NESTLÉ OMEGA PLUS WALK-A-MILE Ke-15 Ubah Persepsi Kesihatan Jantung

NESTLÉ OMEGA PLUS WALK-A-MILE Ke-15 Ubah Persepsi Kesihatan Jantung

Kuala Lumpur, 3 September 2016 – Setiap 15 minit, terjadi satu kematian berpunca daripada penyakit jantung di Malaysia. Walaupun ramai yang mengetahui bahawa penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia1, ramai yang melengah-lengahkan sebarang bentuk perbicaraan tentang perkara ini di atas persepsi bahawa penyakit jantung adalah penyakit orang tua2. Namun begitu, kajian telah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia di dalam lingkungan umur tiga puluhan mempunyai arteri yang berusia sama seperti mereka yang berumur di dalam lingkungan tujuh puluhan oleh kerana gaya hidup mereka3. Fakta sebenarnya adalah rakyat Malaysia hendaklah menjaga kesihatan jantung mereka sekarang dan bukan melengahkannya.

Walk-A-Mile_002

Tahun ini genap 15 tahun penganjuran acara tahunan Walk-A-Mile (WAM) oleh Nestlé Omega Plus® berkolaborasi dengan Yayasan Jantung Malaysia (YJM). WAM adalah acara paling lama bertahan berkaitan dengan advokasi kesihatan jantung di negara ini.

“Sebagai advokat kesihatan jantung Malaysia, kami percaya bahawa kesihatan jantung adalah terletak di tangan individu sendiri. Penyakit jantung bukanlah terjadi dalam waktu semalaman tetapi setelah bertahun-tahun hidup dengan faktor risiko yang menjadi kebiasaan. Tetapi rakyat Malaysia perlu mengetahui bahawa anda boleh menyelamatkan nyawa dengan hanya berjalan pantas selama 15 minit sehari yang akan mengurangkan risiko kolesterol yang tinggi, tekanan darh tinggi dan kencing manis,” kata Chew Soi Ping, Pengarah Eksekutif Pemasaran, Nestlé (Malaysia) Berhad, di dalam ucapan alu-aluannya di acara tersebut.

“Individu-individu seramai 3,800 orang yang hadir pada hari ini bukan sahaja telah menyelamatkan nyawa mereka dengan turut serta di dalam acara Walk-A-Mile ini. Tetapi, jika anda telah berkongsi pengalaman Walk-A-Mile anda  bersama rakan-rakan dan keluarga di media social, anda telah melipatgandakan nyawa yang berjaya diselamatkan dengan mengingatkan kepada khalayak umum betapa pentingnya menguruskan kesihatan jantung sekarang dan bukannya menunggu sehingga sesuatu yang tidak disangka-sangka terjadi kepada anda,” tambah beliau lagi.

Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2015 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa golongan dewasa Malaysia berusia 18 tahun ke atas mempunyai kolesterol yang tinggi, kenaikan yang mendadak daripada hanya 32.6% pada tahun 20114. “Kita tidak boleh menidakkan kenyataan ini lebih lama lagi iaitu semakin hari, bilangan rakyat Malaysia yang terdedah kepada penyakit jantung pada usia yang muda semakin meningkat dan ini ditambah pula dengan kurangnya aktiviti senaman, amalan pemakanan yang tidak sihat dan pelbagai factor lain seperti merokok, yang boleh dielakkan”, kata Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid, Presiden Yayasan Jantung Malaysia.

Tun Ahmad juga menegaskan bahawa ianya tidak memerlukan langkah yang besar ke arah pengurusan kesihatan jantung yang sempurna. “Kita hanya memerlukan perubahan minda dan hati di kalangan rakyat Malaysia ke arah kesihatan jantung. Salah satu kebimbangan yang paling ketara di kalangan rakyat Malaysia tentang penyakit berkaitan jantung adalah kesedaran yang amat tipis tentang cara pengurusan jantung secara holistik. Anda hanya perlu mengingati tiga faktor penting tentang pengurusan jantung yang holistik iaitu aktiviti fizikal harian, temujanji bersama doktor untuk pemeriksaan kesihatan yang kerap dan amalan diet yang seimbang,” ujar Tun Ahmad.

Salah satu cara mengurangkan risiko penyakit jantung adalah dengan pengurusan tahap kolesterol dan menambahkan sterol tumbuhan ke dalam diet. Jumlah minimum sterol tumbuhan boleh didapati di dalam bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan, legumes, kekacang dan benih-benih. Anda perlu mengambil sejumlah yang besar item-item yang disebutkan untuk mencapai jumlah 1.2g sterol tumbuhan sehari yang diperlukan untuk mendapatkan efek terhadap tahap kolesterol. Nestlé Omega Plus® menjadikan ia lebih mudah untuk mendapatkan keperluan harian ini dengan hanya dua hidangan susu Nestlé Omega Plus® sehari ia bersamaan dengan sterol tumbuhan yang terkandung di dalam 255 biji tomato atau 126 biji lobak merah. Nestlé Omega Plus® adalah satu-satunya susu yang mengandungi Acticol®, iaitu sterol tumbuhan yang dapat mengurangkan kolesterol dengan menghalang penyerapan kolesterol ke dalam sistem saluran darah.

Tetamu kehormat yang turut merasmikan acara Walk-A-Mile tahun ini termasuklah Datuk Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin bin Abd Aziz; Presiden Yayasan Jantung Malaysia (YJM), Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid; dan Pengarah Eksekutif Pemasaran, Nestlé (Malaysia) Berhad, Chew Soi Ping. Wakil-wakil terhormat daripada Yayasan Jantung Malaysia (YJM) juga turut mengambil bahagian di dalam acara tersebut, termasuk Tan Sri Dato’ Kamaruzzaman Shariff, Datuk Dr. J.S. Sambhi; Dato’ Gurbakhash Singh. Tetamu-tetamu lain adalah Dr. Ng Wai Kiat daripada Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia (NHAM), hos televisyen yang terkenal Gary Wong daripada Ho Chak! dan Naz dari Jalan Jalan Cari Makan.

Tahun ini, acara Walk-A-Mile menampilkan pelbagai jenis halangan di sepanjang larian untuk menambahkan kemeriahannya, pemeriksaan kesihatan, cabutan bertuah dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti yang menarik.

Walk-A-Mile_003

Chew Soi Ping juga menyerahkan cek daripada Nestlé Omega Plus® berjumlah RM30,000 kepada Yayasan Jantung Malaysia (YJM) sebagai sumbangan dan sokongan terhadap usaha dan dedikasi berpanjangan YJM terhadap pendidikan tentang kesihatan kepada umum.

 Untuk maklumat lanjut tentang Nestlé Omega Plus® dan Yayasan Jantung Malaysia (YJM), sila layari www.facebook.com/NestleOmegaPlus  dan www.yjm.org.my.

Check Also

R U Tough Enough kini kembali

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur (19 Ogos 2019) – R U Tough Enough kini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!