Home / Berita Terkini / NAT GEO Earth Day Run Tingkat Kesedaran Pencemaran Plastik

NAT GEO Earth Day Run Tingkat Kesedaran Pencemaran Plastik

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kota Kemuning, 22 April 2018 – National Geographic (Nat Geo) telah menganjurkan buat kali pertama, acara Earth Day Run yang disertai oleh lebih 2,000 pelari dalam usahanya meningkatkan kesedaran tentang pencemaran plastik pakai-buang.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Acara ini turut dijadikan sebagai platform untuk memperkasakan orang awam untuk menjadikan hidup lebih sihat dan lestari di rumah.

Nat_Geo_Earth_Day_Run_003

Acara larian ini telah dianjurkan sempena Hari Bumi yang diraikan secara global setiap tahun pada 22 April. Tema tahun ini untuk Hari Bumi adalah No Plastic Waste bagi menghentikan pencemaran plastik, terutamanya dalam mengurangkan penggunaan plastik pakai-buang yang menjadi unsur utama dalam larian tersebut.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Para pelari diberi botol-botol yang boleh dipakai semula atau disyorkan untuk membawa botol air mereka sendiri.

Nat_Geo_Earth_Day_Run_005

Acara ini tidak menggunakan cawan pakai-buang dan para pelari boleh mengisi-semula botol air mereka daripada tangki air dan pam yang disediakan di stesen air.

Nat_Geo_Earth_Day_Run_006

Pesta eko yang diadakan di tapak larian juga disertai oleh organisasi hijau seperti Zero Waste Malaysia, Biji-Biji Initiative, Petrosains dan Cenviro untuk mendidik orang ramai melalui aktiviti interaktif yang menyeronokkan.

Nat_Geo_Earth_Day_Run_007

Para pengunjung pesta eko boleh belajar untuk mengurangkan penggunaan plastik pakai-buang dan seterusnya memupuk amalan “zero-waste” atau tiada sisa pembuangan dari rumah.

Nat_Geo_Earth_Day_Run_008

Gamuda Land, Malaysia adalah penaja utama acara ini dan disokong oleh penaja-penaja lain seperti unifi TV, Fox Sports, Stadium Astro dan Nivea Men.

Nat_Geo_Earth_Day_Run_009

Diharapkan para pelari pulang bukan sahaja membawa pingat penamat tetapi juga semangat untuk mengamalkan gaya hidup yang lestari alam dan tiada sisa pembuangan untuk alam sekitar yang lebih hijau.

Nat_Geo_Earth_Day_Run_010

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.natgeoearthdayrun.com/malaysia/.

Check Also

SHOKZ Lancar Fon Kepala OPENRUN PRO2 dengan Teknologi DualPitch™

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, Malaysia, 23 September 2024 – Jenama elektronik pengguna terkemuka …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!