Bandar Sunway, 23 April 2018 – Lebih 800 peserta menyertai acara larian, AQUA RUN yang dianjurkan buat kali kedua oleh Taman Tema Sunway Lagoon. Larian ini menampilkan 12 zon ceria di sepanjang laluan larian sejauh 3.5km.
Tujuan utama larian ini diadakan adalah untuk menggalakkan orang ramai bagi menyertai aktiviti luar rumah bersama keluarga atau rakan-taulan..
Zon ceria pertama yang dihadapi oleh para peserta adalah Avalanche Peak dan kemuadian disimbah dengan air di zon Splash Attack!
Para peserta harus melaui zon-zon ceria yang direka khas yang penuh dengan kejutan yang basah seperi Puddles Mattress, Daredevil Splash Mountains, Kiddie Pool Arena, Rain Shower, Wet Blocks, Zambezi River Adventure, Water Boogie Disco dan Commando Flood Tunnel.
Selain daripada itu, peserta juga diberi cabaran Photo-Op yang menguji kebolehan mereka untuk bergambar dalam simbahan dan percikan air.
Acara larian ini juga memberi peluang kepada para peserta untuk meneroka taman tema tersebut dan melihat tarikan-tarikan Sunway Lagoon seperti Pantai Meluncur Buatan Manusia yang terbesar di Malaysia, Taman tema Nickelodeon yang pertama di Asia, Nickelodeon Lost Lagoon, dan banyak lagi.
Selepas tamat larian, para peserta dihiburkan di finale Pesta Muzik. Mereka juga mempunyai pilihan untuk terus bergembira di Sunway Lagoon untuk sepanjang hari.
“Dengan lebih 90 tunggangan di tanah seluas 80 ekar, Sunway Lagoon terus menawarkan tempat kepada orang ramai untuk bergembira bersama keluarga dan rakan-rakan. Hasil daripada sambutan yang menggalakkan tahun lepas, kami mengambil keputusan untuk menjadikan Aqua Run lebih besar dan meriah! Kami amat gembira atas sambutan dan sokongan dari orang ramai,” kata Sean Choo, Pengurus Besar di Sunway Lagoon.
Acara Aqua Run ini dijayakan oleh penaja-penaja seperti Titan Scuba Asia, Yogood Glow Bar dan Ballop Malaysia.
Untuk maklumat lanjut tentang Sunway Lagoon, sila hubungi talian +603-5639 0000, layari www.sunwaylagoon.com atau ikuti www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia.