Home / Berita Terkini / MERAPOH FOREST RUN Kembali Lagi Atas Permintaan Ramai

MERAPOH FOREST RUN Kembali Lagi Atas Permintaan Ramai

merapoh_forest_run_005

Kuala Lumpur, 2 Ogos 2016 – Women’s Sports And Fitness Foundation Malaysia (WSFFM) sekali lagi akan menganjurkan Merapoh Forest Run 2016 atau lebih dikenali sebagai MFR2016 pada 3 September 2016, bertempat di Taman Negara Pahang, Sungai Relau, Merapoh, Kuala Lipis, Pahang.

Menurut Kol. Bersekutu (PA) Puan Sri To’ Puan Datuk Shariffa Sabrina bt Syed Akil yang merupakan Presiden WSFFM, MFR2016 yang dillhamkan oleh beliau ini adalah satu perlumbaan lari yang sangat menguji ketahanan mental dan fizikal peserta kerana trek larian MFR2016 berbukit-bukau dan mencabar.

merapoh_forest_run_003

Namun begitu, trek tersebut yang melalui di tengah-tengah Taman Negara Pahang Sg. Relau akan memheri satu kepuasan kepada peserta sambil menikmati keindahan khazanah alam yang berusia beratus juta tahun.

“Antara tujuan utama MFR2016 adalah untuk mendidik masyarakat untuk rnengamalkan gaya hidup sihat melalui bersukan di samping menghargai hutan hujan tropika di negara ini. Selain itu, MFR2016 turut mempromosikan Taman Negara Pahang Sg. Relau dan Merapoh yang mempunyai beratus-ratus buah gua yang belum diterokai dan mempunyai pelbagai misteri yang belum terungkap.” menurut Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil semasa sidang akhbar MFR2016 di Concorde Hotel Kuala Lumpur pada hari ini.

Beliau berharap akan lebih ramai atlet bertaraf profesional, amatur dan pencinta alam semulajadi akan menyertai MFR2016 selain dari sokongan pihak korporat dari aspek penajaan kewangan, hadiah atau barangan amat digalakkan.

merapoh_forest_run_002

MFR2016 pada kali turut mendapat sokongan dari Tourism Pahang sebagai rakan usahasama utama dan disenaraikan di dalam kalendar Tahun Melawat Pahang 2017. Selain itu, Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia Negeri Pahang, Tourism Malaysia Pahang, Perhilitan, Taman Negara Pahang, Jabatan Bella & Sukan Malaysia dan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) turut menjadi rakan kerjasama MFR2016 yang turut mendapat sokongan penuh dari Jawatankuasa Pelancongan Dan Kebudayaan Negeri Pahang, Pejabat Daerah & Tanah Lipis serta Malaysia Tourism Council (MTC).

merapoh_forest_run_004

Manakala, MFR2016 turut mendapat tajaan dari Revive dan Bleu (minuman isotonic dan air mineral), Ultron (t-shirt rasmi), Tanah Aina Resort dan Mutiara Taman Negara Pahang (pakej percutian).

Atas permintaan dan sambutan baik pada tahun lepas, MFR2016 ini akan menambah lagi dua kategori iaitu 12km B17 Lelaki Terbuka dan 12km B17 Wanita Terbuka yang dikhususkan untuk pelajar-pelajar dan remaja berusia 14 – 17 tahun. Seperti MFR pada tahun lepas, 4 kategori yang turut dipertandingkan adalah 25km Lelaki Terbuka, 25km Wanita Terbuka, 15km Lelaki Terbuka dan 15km Wanita Terbuka di mana syarat penyertaan adalah terbuka kepada rakyat Malaysia, Asia dan pemastautin di negara ini yang berusia 21 tahun ke atas.

merapoh_forest_run_001

Kepada sesiapa yang berminat menyertai MFR2016, pendaftaran boleh dibuat secara online di www.wsffm.com/regmfr16 atau hubungi terus Setiausaha Agung WSFFM, Saudara Arizal Ab.Rahman di talian 601112249782 atau Izuan (60179321899) atau Naziera (60134668109). Borang MFR2016 dan makiumat berkenaan MFR2016 turut boleh di perolehi melalui Facebook WSFFM atau Merapoh Forest Run.

Check Also

SHOKZ Lancar Fon Kepala OPENRUN PRO2 dengan Teknologi DualPitch™

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, Malaysia, 23 September 2024 – Jenama elektronik pengguna terkemuka …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!