Home / Artikel Menarik / Mengenali Jenis Pronasi Kaki

Mengenali Jenis Pronasi Kaki

Dalam istilah larian, pronasi adalah gerakan putaran kaki ke arah dalam ketika kaki mendarat di tanah ketika berlari. Kaki akan berorientasi ke arah dalam sebanyak 15% apabila mendarat di tanah dengan sempurna dan dapat menampung berat tubuh tanpa menimbulkan masalah.

Proses pronasi mempunyai peranan yang sangat penting bagi membantu kaki dalam menyerap impak hentakan dan membantu dalam proses anjakan oleh tapak kaki dari tumit hingga bahagian depan tapak kaki untuk bergerak ke hadapan.

Walaupun pronasi ini adalah proses semulajadi pada kaki, ia adalah dipengaruhi oleh bentuk lengkungan (arch) tapak kaki iaitu Normal, Lengkungan Tinggi (High Arch) dan Tapak Kaki Rata (Flat Foot).

Jenis Tapak Kaki

Terdapat tiga jenis pronasi yang boleh dikelaskan sebagai pronasi neutral, supinasi (supination/ underpronation)  dan overpronasi (overpronation).

Pronasi Neutral

Secara normal, bahagian luar tumit akan mendarat dulu dan melakukan gerakan pronasi untuk menyerap hentakan dan menyokong berat tubuh ketika berlari.

Bagi mereka yang mempunyai lengkungan kaki normal, tahniah! Anda tidak punyai masalah dalam mencari kasut sukan sesuai dan hanya perlu mendapatkan kasut jenis stabil.

 

Supinasi

Bagi supinasi / kurang pronasi pula, ketika bahagian luar tumit mendarat gerakan kaki memusing ke arah luar menyebabkan hentakan dihantar ke kawasan lebih sempit pada tapak kaki bahagian luar. Ini memaksa kaki menggunakan jari kaki keempat dan kelima untuk bekerja keras membuat hayunan langkah. Keadaan ini lazimnya menyebabkan sakit pada tapak kaki, buku lali dan lutut,

Pelari yang kakinya berlengkungan tinggi perlu memakai kasut yang mempunyai lebih banyak kusyen untuk mengelakkan impak kuat, selain kaki dapat membuat gerakan menjadi lebih semula jadi.

Overpronasi

Dalam overpronasi/ pronasi melampau, bahagian luar tumit yang mendarat dulu akan memindahkan beban berat ke bahagian dalam tapak kaki berbanding bebola kaki (bahagian depan kaki). Kaki kemudian menggunakan ibu jari dan jari kaki kedua untuk menghayun langkah menyebabkan kedua-dua jari itu terpaksa bekerja lebih keras. Dalam keadaan ini mereka cenderung mendapat sakit pada tapak kaki, tumit, lutut dan bunion.

Bagi kaki dengan lengkungan rata (flat foot), anda perlu memakai kasut yang mempunyai ‘motion-control’ dan stabiliti bagi mengawal pronasi kaki.

Oleh itu, anda perlu mendapatkan nasihat daripada penjual kasut sukan berpengalaman terlebih dulu ketika memilih kasut dan buat pemeriksaan kaki jika tidak tahu jenis lengkungan tapak kaki. Setiap kasut sukan sebenarnya direka berbeza mengikut jenis sukan dan jenis lengkungan tapak kaki.

Rujukan: https://www.asics.com/us/en-us/pronation-guide 

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!