Kuala Lumpur, 9 November 2017 – Sejajar dengan trend global ke arah gaya hidup digital, pakar pelancongan utama Malaysia, Kumpulan Mayflower, sebahagian daripada Warisan TC Holdings Berhad, telah melancarkan platform dalam talian Mayflower.com.my secara rasmi pada hari ini.
Mayflower.com.my sedia menjadi portal pelancongan paling mantap dan komprehensif di Asia Tenggara dengan memanfaatkan rangkaian luas Mayflower Holiday dalam industri pelancongan, yang dibina sepanjang tempoh lima dekad. Portal yang diasaskan dalam negara ini mesra pengguna dan penuh dengan pelbagai ciri hebat termasuk tawaran dan manfaat menarik, selain membolehkan pengguna menempah tiket penerbangan, penginapan dan pengangkutan dan juga pakej tergabung di dalam talian.
Mayflower.com.my juga unik kerana membolehkan ejen dan pengendali pelancongan profesional mendapatkan tawaran terbaik sambil mereka mengatur urusan perjalanan pelanggan mereka.
Pelancaran Mayflower.com.my telah dirasmikan oleh En. Tan Keng Meng, Ketua Pengawai Eksekutif Warisan TC Holdings Berhad. Turut hadir di majlis pelancaran ialah En. Chin Ten Hoy, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mayflower dan En. Cheah Kwan Cheong, Ketua Pegawai Teknologi.
Di majlis pelancaran tersebut, En. Chin berkata, “Sejak mula beroperasi di dalam talian pada Jun 2017, Mayflower.com.my telah menerima kunjungan semakin ramai pengguna. Kami bermula hanya dengan menawarkan tiket penerbangan dan penginapan. Kami kemudiannya meluaskan perkhidmatan kami untuk merangkumi pakej daratan, tiket masuk dan aktiviti pelancongan.”
“Buat masa ini, Mayflower.com.my menyediakan akses kepada lebih lapan puluh syarikat penerbangan, yang menghubungkan lebih 5,000 destinasi; 380,000 hotel; dan juga lebih 2,000 pakej percutian di seluruh dunia.”
“Meninjau ke hadapan, Mayflower.com.my akan menambah lagi tawarannya dengan menyediakan pengangkutan pergi balik lapangan terbang, kapal persiaran dan pas kereta api. Kami juga akan terus menawarkan pakej minat khusus seperti percutian golf dan menyelam.”
“Di samping itu, kami juga akan melancarkan aplikasi mudah alih Mayflower untuk menambah baik pengalaman keseluruhan pelanggan kami. Aplikasi ini akan membolehkan pelanggan menguruskan tempahan kembara ‘di bawah satu bumbung’, mengenepikan keperluan untuk menggunakan pelbagai platform, dalam talian atau luar talian,” jelas beliau.
“Secara keseluruhannya, industri pelancongan global terus diganggu oleh inovasi baharu menggunakan Internet dan teknologi komunikasi mudah alih. Penghijrahan strategik Mayflower Holidays’ ke arah platform digital adalah tepat pada masanya dan praktikal, disokong oleh kedudukan kukuh kami dalam industri dan juga rangkaian luas operasi pelancongan, ejen dan rakan perniagaan kami di seluruh dunia,” rumus Chin.
Kandungan komprehensif
Mayflower.com.my berganding bahu dengan rakan perniagaan yang bereputasi tinggi di serata dunia untuk menyediakan tawaran pelancongan terbaik di dunia dari segi jadual, harga dan kualiti. Alat dalam talian dan sumber yang sesuai disediakan untuk membantu pelanggan memilih yang terbaik. Portal dalam talian ini juga memaparkan gambar-gambar jelas hotel yang disyorkan dan juga maklumat latar yang terperinci tentang hotel-hotel dan kemudahan berhampiran; antara muka mesra pengguna serba mudah dan maklumat penerbangan lengkap ke destinasi pilihan masing-masing.
Dengan matlamat memudahkan pengguna untuk merancang percutian paling sesuai mereka melalui udara, darat atau air, Mayflower.com.my menyediakan pelbagai pilihan aktiviti dan daya tarikan yang menyeronokkan, baik pengembaraan, kegiatan praktikal, mesra keluarga kepada mahupun percutian romantik. Sememangnya ada sesuatu untuk semua!
Sempena pelancaran Mayflower.com.my, Kumpulan Mayflower juga telah menyediakan pelbagai aktiviti dan promosi menarik di Karnival Pelancongan Mayflower. Karnival ini diadakan di Aras Bawah, South Court Mid Valley Megamall dari sekarang sehingga 12 November 2017. Pengguna ditawarkan pelbagai pilihan kerana karnival memberikan tawaran eksklusif sehingga 20% bagi semua tambang penerbangan, 80% bagi semua tempahan hotel, 50% semasa jualan waktu emas, dan tawaran khas satu jam pada harga RM11.
Karnival Pelancongan Mayflower disokong oleh TC Euro Cars Sdn. Bhd. (Rakan Niaga Rasmi), CHUBB (Rakan Insurans Pelancongan Rasmi), GoAsiaPlus (Majalah Pelancongan Rasmi), TravelFlan (Rakan Concierge Pelancongan Dalam Talian Rasmi), Aforadio.com (Radio Dalam Talian), Tripadvisor (Rakan Kandungan Rasmi), dan Kerajaan Metropolitan Seoul (rakan pemasaran bersama eksklusif bagi Mayflower Holidays di Malaysia).
Sebagai insentif tambahan, pakar pelancongan ini akan memberi ganjaran kepada pelanggan menerusi peraduan selama lima bulan yang dinamakan ‘Beli, Melancong & Menang’ atau ‘Buy, Travel & Win’ (#BTW). Anda hanya perlu merancang pelancongan anda menerusi Mayflower.com.my dari sekarang hingga 31 Mac 2018 untuk bersiap sedia membawa pulang hadiah bernilai RM288,888. Cabutan bulanan menawarkan hadiah-hadiah hebat yang termasuk Renault Captur sebagai Hadiah utama, daripada TC Euro Cars Sdn Bhd dan juga tiket penerbangan dan penginapan pelancongan di hotel lima bintang.
Karnival Pelancongan Mayflower dan pelancaran rasmi mayflower.com.my disokong oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.Mayflower.com.my