Home / Berita Terkini / Lebih 1800 atlet bakal berlumba di IRONMAN® Langkawi

Lebih 1800 atlet bakal berlumba di IRONMAN® Langkawi

IMMalaysia_Carousel6-min

Langkawi, 6 November 2017 – Atlet-atlet triathlon terbaik dunia dapat disaksikan di Langkawi, Malaysia pada 11 November ini yang akan berlumba di edisi kelima IRONMAN® Malaysia seperti yang telah diumumkan hari ini oleh Wanda Sports Holding – pemilik perlumbaan IRONMAN.

1) Fredrik Croneborg (SWE) grabbed his breakthrough IRONMAN victory in 2016. He placed 2nd in 2014 & 2015

Fredrik Croneborg yang menjuarai perlumbaan IRONMAN di Malaysia tahun lepas dengan catatan 8 jam 29 minit dan 12 saat kembali ke Langkawi dengan sasaran memenangi sekali lagi trofi perlumbaan tahun ini.

Atlet triathlon berusia 36 tahun dari Sweden ini berkongsi keterujaannya untuk kembali ke Langkawi; “Saya telah menyertai bermacam-macam perlumbaan di seluruh dunia tetapi IRONMAN Malaysia tetap merupakan perlumbaan kegemaran saya. Perlumbaan di sini istimewa kerana disinilah saya menjuarai perlumbaan IRONMAN pertama saya. Langkawi adalah destinasi percutian yang sangat indah dan saya akan sentiasa ke sini walaupun selepas karier perlumbaan saya berakhir.  Berlumba sebagai penyandang kejuaraan, saya tidak dapat memperbaiki kedudukan tetapi saya sangat bersedia tahun ini. Saya berharap dapat memperbaiki catatan masa saya berbanding tahun lalu serta mempertahankan kejuaraaan saya”.

2) Record breaking three consecutive wins at IRONMAN Malaysia, Langkawi for Diana Riesler (GER) 2016

Bagi kategori wanita profesional, seperti dijangka Diana Riesler dari Jerman bakal menjadi tumpuan sebagai peserta pertama melintasi garisan penamat di Meritus Pelangi Beach Resort & Spa berdasarkan reputasinya selaku juara 3 edisi berturut-turut IRONMAN Malaysia bermula pada 2014, 2015 dan 2016. “IRONMAN Langkawi pada tahun 2008 adalah perlumbaan pertama saya dalam siri IRONMAN dan ketika itu saya masih amatur dan saya berjanji untuk kembali berlumba di sini sebagai atlet profesional. Pada tahun 2014, saya kembali ke Langkawi sebagai atlet profesional dan berjaya memenangi perlumbaan IRONMAN pertama saya. Iklim tropika Langkawi dan sambutan masyarakat setempat membuatkan ia cukup istimewa. Saya tidak sabar untuk kembali berlumba di Langkawi dan memenangi sekali lagi kejuaraan pada 11 November ini”.

3) Defending Champion Diana Riesler 2016

Geoff Meyer, Pengarah Urusan IRONMAN Bahagian Asia pula berkata, “Kami sangat gembira dengan kehadiran dua penyandang juara, Fredrik Croneborg dan Diana Riesler di Langkawi tahun ini. Mereka adalah atlet triathlon hebat yang sentiasa menjadi inspirasi kepada semua peserta yang akan berlumba pada 11 November. Sambutan hangat dari komuniti IRONMAN membuktikan Langkawi adalah salah satu destinasi pilihan untuk para pelumba dan kami tidak sabar untuk menyaksikan satu lagi perlumbaan hebat tahun ini”.

IMMalaysia_Carousel5-min

Senarai penuh atlet triathlon profesional yang akan berlumba di IRONMAN Malaysia boleh dimuat turun di sini.

Perlumbaan di Langkawi tahun ini akan menjadi hos kepada lebih 1800 atlet untuk perlumbaan IRONMAN Malaysia dan IRONMAN® 70.3® Langkawi. Lebih 70% atlet datang dari 50 negara berbeza. Empat negara teratas yang menghantar penyertaan teramai adalah Jepun, Singapura, Australia dan Filipina.

IRONMAN 70.3 Langkawi bakal menawarkan 30 slot ke Kejuaraan IRONMAN 70.3 Dunia 2018 di Teluk Nelson Mandela, Afrika Selatan. Perlumbaan IRONMAN Malaysia pula menawarkan hadiah keseluruhan USD 25,000 dan juga 50 slot kelayakan mengikut umur ke perlumbaan Kejuaraan IRONMAN®  Dunia 2018 di Kailua-Kona, Hawaii, Amerika Syarikat. IRONMAN Malaysia 2017 dan IRONMAN 70.3 Langkawi 2017 adalah sebahagian dari siri kelayakan Asia TriCub 2018.

Perlumbaan IRONKIDS akan diadakan pada 10 November khusus untuk kanak-kanak dan remaja berusia dari 4 hingga 17 tahun dimana mereka akan mengambil bahagian dalam 3 jarak larian berbeza iaitu 500m, 1km dan 1.5km sepanjang Pantai Cenang, berkongsi penamat sama yang akan dilalui peserta IRONMAN bagi membolehkan kanak-kanak ini merasai pengalaman sama dialami hero mereka di Meritus Pelangi Beach Resort & Spa.

Ekspo ‘IRONMAN Sports and Lifestyle’ akan bermula pada 8-12 November di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri dimana ia bakal dipenuhi dengan pameran barangan sukan dan gaya hidup selain penjualan cenderamata rasmi IRONMAN.

IRONMAN Langkawi 2017 disokong oleh Malaysia Major Events, salah satu divisyen di bawah Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), agensi dibawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Kerajaan Negeri Kedah, Lembanga Pembangunan Langkawi (LADA) dan  Naturally Langkawi.

Untuk maklumat lanjut tentang IRONMAN, sila layari www.ironman.com.

Check Also

Uji Had Kecergasan Anda di UNDER ARMOUR COMBINE

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 20 September 2024 – Under Armour mengumumkan kembalinya UA …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!