Home / Berita Terkini / MARVEL RUN Akan ke Putrajaya pada September 2019

MARVEL RUN Akan ke Putrajaya pada September 2019

Kuala Lumpur, 29 April 2019 – Peminat tegar MARVEL bakal dikejutkan dengan MARVEL RUN pertama Malaysia yang bakal dilangsungkan di Putrajaya pada 7 September 2019. Dengan tema “Choose Your Mark”, larian ini akan memberi fokus kepada empat adiwira terkenal Marvel – Black Panther, Captain America, Captain Marvel dan Thor. Peserta berpeluang untuk memilih adiwira yang memberi inspirasi kepada mereka dan akan menerima t-shirt larian eksklusif mengikut adiwira yang dipilih. Pendaftaran kini dibuka di www.marvelrun.my.

Sesuai bagi semua peringkat umur, MARVEL RUN Malaysia 2019 menawarkan empat kategori larian, antaranya adalah larian kanak-kanak 800m (4- 7 tahun), larian kanak-kanak 1.2km (8-12 tahun), 5km (tidak kompetitif) dan 10km (kompetitif). 3,000 peserta pertama yang mendaftar untuk meyertai MARVEL RUN 2019 akan menerima harga pendaftaran istimewa – MYR75 bagi kategori kanak-kanak, MYR85 bagi kategori 5km dan MYR105 bagi kategori 10km. Harga tiket normal tertakluk selepas 3,000 slot pertama penuh. Untuk maklumat lanjut mengenai yuran pendaftaran, sila rujuk kepada Appendix.

Peserta yang mendaftar bagi mana-mana kategori layak untuk menerima goodie bag yang mengandungi t-shirt pilihan dan patung mainan MARVEL. Manakala, peserta yang berjaya menamatkan larian akan menerima pingat eksklusif MARVEL RUN Malaysia 2019.

MARVEL RUN Malaysia 2019 dianjurkan oleh ESPRIMOMUSE Sdn Bhd dan dibawakan oleh Maybank. Rakan kongsi lain bagi MARVEL Run Malaysia 2019 termasuklah Petron, Giant, Cold Storage, Dutch Lady dan KLOOK.

Untuk maklumat lanjut serta maklumat terbaru mengenai MARVEL RUN Malaysia 2019, layari:

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi info@esprimomuse.com.

 

Check Also

Perlumbaan Eksplorasi DISTRICT RACE by AIA VITALITY kini di Malaysia

Share this on WhatsAppKuala Lumpur, 20 Jun 2019 – District Race, perlumbaan eksplorasi bandar yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!