Home / Berita Terkini / Lumba Lari Berganti Allianz Pacesetters 4x3km Kini Kembali

Lumba Lari Berganti Allianz Pacesetters 4x3km Kini Kembali

Allianz_Pacesetters_Relay_002

Kuala Lumpur, 28 Jun 2016 — Bagi mereka yang meminati acara lumba lari berganti, jangan lepaskan peIuang ini untuk mcnyertai Allianz Pacesetters 4x3km Relay 2016 yang akan kembali pada bulan November.

Acara larian ini akan dilangsungkan di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 5 November 2016 di mana Allianz Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai penaja utama Allianz Pacesetters bagi tahun ketiga. Acara yang dianjurkan oleh Pacesetters Athletic Club dijangka akan menarik lebih daripada 200 pasukan berbanding dengan 170 pasukan tahun lepas.

Allianz_Pacesetters_Relay_001

“Lumba Lari Berganti Allianz Pacesetters adalah acara yang sesuai untuk melibatkan seisi keluarga kea rah gaya hidup yang lebih cergas dan sihat,” kata Susan Ong, Ketua Pegawai Pengurusan Pasaran Allianz Malaysia Berhad di upacara perasmian di Menara Allianz Sentral, Kuala Lumpur pada hari ini.

Terdapat lima kategori yang berbeza untuk larian Allianz Pacesetters 4x3km 2015 iaitu Lelaki Terbuka, Wanita Terbuka, Campuran Terbuka, Campuran Bawah 26 dan Kiwanis Pace-lt-Forword. Di bawah kategori Kiwanis Pace-lt-Forward, sumbangan sekurang-kurangnya RM 1,000 diperlukan dari setiap pasukan. 100% daripada sumbangan yang diterima akan disalurkan kepada Sindrom Down Kiwanis Foundation (KIWANIS).

Allianz_Pacesetters_Relay_004

“Tahun ini kami menganggar dapat mencecah jumlah 200 pasukan. Dalam dua edisi yang lepas, kami berjaya mendapat hampir 170 pasukan setiap tahun, jadi kami berharap untuk memecahkan rekod itu pada tahun ini. Kami juga berharap banyak pasukan akan mendaftar untuk Kiwanis Pace-lt-Forward bagi mengumpul dana untuk kanak-kanak Down Sindrom,” tambah Susan.

Ultron dan Lucozade Sport adalah penaja pakaian dan minuman sukan rasmi untuk acara tersebut. Pendaftaran untuk Allianz Pacesetters 4x3km 2016 akan ditutup pada 16 Oktober 2016 atau apabila mencapai 250 pasukan.

Allianz_Pacesetters_Relay_003

Berdasarkan terma dan syarat, pelari mestilah berumur sekurang-kurangnya 13 tahun pada 31 Disember 2016. Pasukan yang mengambil bahagian dalam kategori campuran C, D & E perlu mempunyai sekurang-kurangnya seorang wanita di barisan pertama. Bagi kategori A, B, dan C, ahli Pacesetters boleh menikmati diskaun sebanyak RM40 bagi setiap pasukan. Keempat-empat ahli pasukan mesti mempunyai keahlian yang sah sekurang-kurangnya sehingga Disember 2016 untuk layak mendapat rebat.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila ke www.checkpointspot.asia

Check Also

R U Tough Enough kini kembali

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur (19 Ogos 2019) – R U Tough Enough kini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!