Kuala Lumpur, 27 Jun 2016, Yayasan Jantung Malaysia) hari ini mengumumkan kerjasama dengan Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad (Great Eastern Life) untuk menganjurkan acara larian Great Eastern Bubble Dash 2016 di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Dalam kategori larian ceria (fun run) 5km, buih yang berwarna-warni akan disembur di stesen-stesen tertentu di sepanjang jarak larian tersebut. Kerjasama di antara Yayasan Jantung Negara dan Great Eastern Life adalah buat kali kedua setelah kejayaan Larian Great Eastern Colour My Heart pada tahun lepas. Pengumuman itu dibuat oleh YABhg Tun Ahmad Sarji Bin Abdul Hamid, Presiden Yayasan Jantung Malaysia dan YBhg Dato Koh Yaw Hui, Director dan CEO Great Eastern Life.
Dijangka 25,000 peserta bakal mengambil bahagian dalam acara larian buih yang julung-julung kali diadakan di Malaysia. Peserta akan dilepaskan di Queensbay Mall, Penang pada 25 September 2016 dan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 23 October.
Yuran pendaftaran awal untuk kategori larian ceria 5km adalah berharga RM55, termasuk kemeja-T, topeng muka, bib nombor dan sepasang cermin mata. Bagi pelari-pelari yang suka berlumba pula, mereka boleh mendaftar untuk Larian LIVE GREAT sejauh 12km atau 21km.
Selepas larian, para peserta boleh mengunjungi Karnival Jantung Sihat (Healthy Heart Carnival) di kedua-dua lokasi dan terbuka kepada orang ramai dengan percuma. Karnival menampilkan ujian kesihatan percuma, sesi berzumba, persembahan pentas dan banyak lagi aktiviti yang mempromosikan gaya hidup sihat.
Di samping menyertai aktiviti yang sihat, para peserta turut menyumbang kepada Yayasan Jantung Negara kerana sebahagian daripada yuran pendaftaran akan disalurkan kepada yayasan tersebut.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.greateasternbubbledash.com dan ikuti laman Facebook Great Eastern Bubble Dash.