Home / Berita Terkini / Leo Tan & Muhaizar Wakili Malaysia Dalam Marathon Sukan Sea 2017

Leo Tan & Muhaizar Wakili Malaysia Dalam Marathon Sukan Sea 2017

SCKLM2016_Muhaizar and Leo

Kuala Lumpur, 7 Julai 2017 – Malaysia akan menghantar dua pelari iaitu Muhaizar Mohamad (kiri) dan Leo Tan Huong Leong (kanan) untuk acara Marathon Lelaki (42.195km) dalam Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017). Presiden Persekutuan Sukan SEA (SEAGF), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar menyatakan pemilihan dua pelari ini adalah dibuat oleh Kesatuan Olahraga Malaysia atau MAF  (Malaysia Athletics Federation) berdasarkan prestasi kedua pelari tersebut di dalam negara ini, memandangkan Malaysia adalah tuan rumah.

Sebelum ini, Muhaizar Mohamad dan Leo Tan Huong Leong adalah johan dan naib johan bagi Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon 2017 di mana Muhaizar berjaya mencatatkan masa peribadi terbaik (PB) iaitu 2:35:55 sementara Leo tidak ketinggalan jauh di belakang dengan masa 2:38:06. Leo memecahkan rekod kebangsaan di Tokyo Marathon Februari lalu dengan catatan masa 2:28:19.

Mereka berdua dijangka mendapat saingan sengit daripada juara bertahan, Soh Rui Yong (Singapura) yang mencatat masa 2:34:56 di Sukan Sea Singapura pada tahun 2015.

Malaysia tidak akan menghantar wakil untuk acara Marathon Wanita kerana tiada atlet yang mencapai kriteria pemilihan.

Temasya KL2017 pada 19 hingga 30 Ogos ini bakal mempertandingkan 38 jenis sukan merangkumi 404 acara.

#jomkitalari

Check Also

SHOKZ Lancar Fon Kepala OPENRUN PRO2 dengan Teknologi DualPitch™

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, Malaysia, 23 September 2024 – Jenama elektronik pengguna terkemuka …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!