Kota Kemuning, 9 Julai 2017 – Larian ceria #RUNWITME anjuran pengusaha perumahan IJM Land di Bandar Rimbayu menyaksikan 2000 pelari daripada segenap lapisan masyarakat meraikan semangat kesukanan sambil mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan.
Berlainan dengan acara tahun-tahun lalu, tumpuan larian tahun ini adalah lebih kepada keseronokan para peserta dan bukannya persaingan.
Larian ceria sejauh 10km dilepaskan pada jam 6:30 pagi di The ARC, Bandar Rimbayu selepas acara Zumba untuk memanaskan badan dan persembahan tarian api.
Dengan konsep Aloha-thon, tapak acara dan laluan dihiasi dengan bunga-bunga Tropika dan imej-imej ikonik dari kepulauan Hawaii.
Laluan sejauh 10km membawa pelari ke dalam kaswasan perumahan Bandar Rimbayu yang sedang pesat membangun.
Semangat pelari-pelari disemarakkan lagi dengan hiburan santai daripada kumpulan muzik percussion yang memainkan irama rancak.
Selain daripada minuman, terdapat juga gerai-gerai menghidangkan buah-buahan seperti tembikai dan pisang di sepanjang laluan larian.
Selaras dengan konsep kepulauan Hawaii, pelari-pelari dijamu dengan pesta buah-buahan dan juga air kelapa muda selepas tamatnya larian.
Lima puluh kumpulan berempat yang menamatkan larian menerima habuan wang tunai RM200 setiap kumpulan. Seratus peserta pertama juga mendapat topi jenama Puma di garisan penamat.
Para pelari juga berpeluang untuk mendapatkan diskaun atau promosi darpada gerai-gerai penaja yang disediakan di tapak acara, di samping berpeluang untuk melawat bilik pameran rumah Livia Type A dan mendapat maklumat lanjut Livia Type B yang kini dibuka untuk pemilihan unit.
Setiap pelari menerima sehelai baju kemeja-T jenama PUMA dan beg goodie yang berisi pingat penamat eksklusif, sepasang stokin, sampel Munchy’s Oat Crunch, ubat gigi Sensodyne, Scott’s DHA Gummies dan produk kecantikan FACESHOP.
Pada keseluruhannya, pelari-pelari yang ditemui amat berpuas hati dengan penganjuran larian #RUNWITHME dan tidak teragak-agak untuk menyertai acara larian ini pada tahun akan datang.
Selepas acara larian ini, Bandar Rimbayu bakal mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya pada 16 Julai, dari jam 6petang ke 9malam di The Arc. Orang ramai dijemput untuk menjamu selera dengan juadah Hari Raya yang bakal disajikan dan juga menikmati persembahan tarian serta pertunjukan bunga api.
Untuk maklumat lanjut sila layari www.rimbayu.com
Foto ihsan IJM Rimbayu. Untuk lebih banyak gambar larian #RUNWITHME, sila like dan klik http://facebook.com/ijmland.